Hiburan

“S0rry mommy, Neyney lagi cute kali ni” – Netizen

Betullah kata-kata orang bahawa anak-anak sekarang terlahir lebih bijak dan cepat belajar benda baharu. Berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak dahulu yang menghabiskan masa mereka dengan bermain di luar bersama rakan-rakan. Kanak-kanak sekarang pula terdedah kepada dunia IT seiring berjalannya waktu zaman permodenan masa kini. Begitu juga yang dialami oleh si cilik comel anak kepada selebriti tempatan yang cantik dan terkenal satu ini iaitu Nora binti Mohd Danish Hanif.

Mohamed Neqayl Nedim yang merupakan anak kepada Nora Danish dan Nedim Nazri ini sering mendapat perhatian para netizen dan peminat Nora sendiri kerana kecomelan yang dimilikinya. Sebelum ini, Nora telah memuatnaik video Tiktoknya bersama anak lelaki pertamanya iaitu Putra Rayqal dan mendapat pujian orang ramai apabila Nora kelihatan sangat comel dan cantik di dalam video tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa mereka berdua tidak kelihatan seperti ibu dan anak malah kelihatan seperti seorang kakak dan adik sahaja. Bertuah jadi orang cantik macam Nora ni, anak dah besar pun orang masih kata seperti kakak.

Tapi kali ini, giliran Nora dengan anak bongsunya pula iaitu Mohamed Neyqal atau dikenali dengan panggilan manjanya sebagai Neyney. Tidak kira umur, anak kecil yang masih berusia 2 tahun pun sudah tahu bermain dengan aplikasi Tiktok ap4tah lagi mereka yang lebih dewasa kan. Viral betul aplikasi ini apabila para selebriti dan anak-anak mereka pun sudah mula berjinak-jinak membuat video tarian yang comel dan lucu.

View this post on Instagram

Baby & mommy

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Dalam video tersebut, Nora dan Neyney telah membuat ramai peminat dan netizen geli hati dan seronok dengan gelagat mereka berdua. Kalau dah mommy pun cantik dan comel, mestilah anak pun comel juga kan. Ruangan comment pada video tersebut pula telah dibanjiri dengan comment-comment yang mengatakan Neyney sangat comel dan bukannya mommy ya.

Tak puas tengok kecomelan Neyney dalam video tersebut. Mesti nak ulang-ulang lagi tengok. Tapi Nora pun tak kalah comel juga kan dengan Neyney. Apa-apa pun semoga Neqayl membesar dengan sihat dan bijak dalam segala hal khususnya pembelajaran dan bukannya Tiktok je ya.

Sumber: Instagram Nora Danish

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *