Hiburan

“Ramai yang tanya nape tak try Lofa” – Zizan Razak

Buat para netizen yang sering mengikuti perkembangan selebriti tanah air melalui laman sosial, televisyen atau platform lainnya, mereka ini pasti suka ‘memperjodohkan’ seseorang artis dengan artis yang lain. Jika terlihat keserasian di antara artis tersebut, orang ramai pasti meluahkan pendapat mereka ini di laman sosial terutamanya. Tetapi keakraban dan keserasian yang dimiliki oleh dua selebriti ini adalah sangat kuat.

Siapa lagi kalau bukan gerangan Noor Neelofa dan Mohd Razizan ini. Rupanya bukan sahaja para netizen yang suka melihat kebersamaan mereka, tetapi ramai juga orang luar dan terdekat yang bertanyakan terus kepada Zizan Razak tentang soalan mengapa dia tidak pernah cuba untuk ‘try’ Neelofa.

Dengan kelebihan raut wajah yang cantik hasil kacukan Pakistan dan Arab pastinya banyak lelaki yang cuba mendekati Neelofa dan keakraban antara Zizan dan Neelofa amat disukai oleh para netizen. Akhir rancangan pengacaraan Neelofa terbitan Astro iaitu Meletop beberapa bulan lalu, telah dihadiri oleh beberapa individu penting dalam hidup Neelofa dan salah satunya adalah Zizan.

Sebagai sahabat yang turut dekat dengan Neelofa, Zizan turut merasakan kesedihan yang dirasakan oleh Neelofa sehingga dia menitiskan air mata. Momen itu turut menyentuh hati para netizen kerana mereka juga turut tersentuh dengan persahabatan yang dimiliki mereka berdua. Bukan itu sahaja, Zizan juga pernah menjadi individu penting yang membantu Neelofa ketika dia mempunyai masalah visa ketika berada di Arab Saudi dan menerima sejambak bunga dari Neelofa sebagai tanda terima kasih.

“Ko ingat Lofa tu perfume dekat Sephora nak try-try” – Zizan.

Apa yang menghiburkan para netizen adalah respond yang diberikan oleh Zizan bila ditanyakan mengapa dia tidak pernah cuba untuk mengorat Neelofa. Garang betul Zizan jawab sampai menghilang terus orang tu dari Instagram dan Whatsapp.

Manusia hanya boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan. Semoga Zizan dan Neelofa dipertemukan dengan jodoh yang baik secepat mungkin. Dan semoga ikatan persahabatan yang dijalin mereka berdua juga dapat kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: Instagram Zizan Razak

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.