Hiburan

“Pregnant pun boleh lompat2 lagi, saya pulak ser4m” – Netizen

Selebriti terkenal Emma Maembong di khabarkan kini hamil anak pertama setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Emma mengumumkan berita gembira tersebut di ruangan instagram miliknya dengan memuat naik gambar dia dan suaminya dan menyatakan percutian bulan madu ini terakhir dia berdua. Menurut Emma sebelum ini, bulan madu mereka terpaksa di tangguhkan oleh kerana pkp sebelum ini.

Memilih destinasi Langkawi sebagai percutian pertama bersama suami. Seri ibu mengandung nampaknya semakin menyerlah. Tetap cantik dengan b4by bump.

Hari ini, Emma sempat memuat naik video dia bersama suami, sweet habis tengok. Walaupun ini adalah honeymoon pertama mereka tetapi mungkin percutian ini lebih bermakna buat Emma dengan kehadiran baby tidak lama lagi.

Bersemut pulak tengok psangan ini, sama cantik sama padan. Emma juga memuat naik status di ruangan instagramnya dan menyatakan dia kini hamil 4 bulan lebih dan mengucapkan terima kasih dan syukur atas semua doa dan ucapan dari semua.

Emma juga nampaknya di tegur netizen apabila dia nampak sedikit aktif di dalam video tersebut, berlari dan melompat lompat maklumlah kandungan baru 4bulan ramai yang prihatin dan tidak mahu apa apa tidak elok terjadi.

Rata rata netizen mendoakan dan memuji Emma sangat cantik selepas hamil. Ada juga yang syak Emma mengandung anak kembar oleh kerana suami Emma ada keturunan kembar.

Ramai yang tidak sabar menunggu kelahiran anak pertama Emma mesti comel putih gebu nanti ikut Emma. Semoga Emma dan kandungannya sentiasa sihat.

Sumber : Ig Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.