Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, anak-anak pasti merasa bosan kerana terpaksa berkurung di dalam rumah tidak dapat menikmati rasa seronok berada diluar rumah. Mereka yang sudah biasa aktif melakukan aktiviti bersama rakan-rakan mereka pasti terasa janggal apabila harus duduk di rumah bersama keluarga dan menjaga perbatasan pergerakan dengan kawasan luar.
Begitu juga yang dirasakan oleh anak-anak pelakon, pelawak dan pengacara radio, Sharifah Shahirah. Sudah diketahui anak-anak Shahirah sangat aktif dan suka membuat video Tiktok menggunakan telefon bimbit ibunya itu. Terutama sekali Oddah, anak bijak ini dilihat sebagai seorang anak yang ceria dan suka menari mengikut artis kegemaran koreanya.
Baru-baru ini, sekali lagi Sharifah Shahirah berkongsi gelagat anaknya itu bermain Tiktok. Kelihatan kali ini, Oddah mengajak adiknya untuk bermain Tiktok sekali.
Kelihatan didalam video tersebut, mereka berdua sangat ceria dan ada juga terlihat Oddah seperti dalam berwaspada dengan seseorang yang akan terlihat beliau sedang menggunakan telefon bimbit ibunya itu.
“Penat tau dok cari fon.. tau tau kat tgn anak” kata Sharifah Shahira dalam kapsyen beliau.
Netizen agak terhibur dengan gelagat Oddah yang takut-takut jikalau terkantoi dengan ibunya. Datin Shahida juga tidak melepaskan peluang memberi komen mengatakan anak-anak Sharifah Shahira sangat lucu. Marsha Milan juga sempat komen mengatakan adik beradik itu sangat seiras seperti kembar.
Tidak kisah anak kita hendak buat apa tapi kita sebagai manusia harus pantau akan tindakan anak-anak kita supaya tidak melakukan perkara yang pelik-pelik belakang kita. Dengan pantau tindakan mereka,mereka boleh pelajari apa yang baik dan buruk untuk diri mereka sendiri kelak.
sumber : ig shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh Oren Laici, Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.