Hubungan kekeluargaan diantara keluarga Norman dan Abby sememangnya sangat erat dan hubungan silaturrahim diantara mereka juga sering dikagumi oleh masyarakat. Walaupun telah berpisah, mereka masih terus memantau perkembangan anak-anak secara bersama. Abby dan Norman Hakim pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 dan bercrai pada 2008. Seiring dengan perubahan masa, anak-anak mereka juga telahpun meningkat dewasa.
Peka dengan perubahan semasa dan perhatian yang diberikan oleh masyarakat terhadap anak-anaknya, mereka berdua sentiasa memainkan peranan sebagai ibu bapa dengan bertindak untuk menasihati anak-anak agar berhati-hati dalam berkawan supaya tidak terpengruh dengan perkara yang negatif.
Hasil perkahwinan Norman bersama Abby dahulu mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohammed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan juga Maria Danisha Hakim.
Sempena ulang tahun kelahiran anak keduanya iaitu Marissa Dania, Norman telah memuatnaik kembali gambar ketika mereka masih kecil iaitu kira-kira hampir 10 tahun yang lalu dan juga gambar terkini dirinya bersama mereka bertiga.
Menerusi ruangan komen beberapa pengikut mereka menunjukkan rasa kagum kerana melihatkan Norman yang masih lagi muat memakai kemeja yang dipakainya ketika gambar itu diambil 10 tahun yang lalu.
Rata-rata netizen juga turut terharu dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak dan sikap penyayang yang ditunjukkan oleh Norman terhadap anak-anaknya.
Sungguh cepat masa berlalu. Hargailah masa ketika anak-anak masih lagi bersama kita. Apabila mereka sudah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri sudah tentu kita akan merindui mereka. Tahniah Norman kerana menunjukkan contoh yang baik sebagai bapa buat para peminat dan juga orang ramai.
Sumber : Instagram normanhakim_786
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.