Ramadhan kali ini disambut sederhana kerana negara masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Suasana Ramadhan seperti tahun sebelum ini pastinya dirindui oleh kita semua. Walaubagaimanapun demi mengekang penyebaran wabak Covid19 terpaksalah kita melupakan seketika rutin yang saban tahun kita lalui dalam Ramadhan tahun ini. Buat perantauan pastinya keinginan untuk bertemu keluarga dan juga sanak saudara menjadi perkara yang paling diimpikan.
Alangkah gembiranya hati sekiranya berpeluang untuk menjalani ibadah berpuasa dengan kehadiran keluarga disisi. Bangun sahur dan berbuka bersama keluarga pastinya menjadi saat indah yang paling dirindui.
Bagi yang sedang menikmati masa bersama keluarga, tentunya perkara yang paling dinantikan setiap kali berpuasa ialah memasak juadah berbuka dan meraikan kemenangan berpuasa sepanjang hari dengan menjamu selera berbuka puasa bersama keluarga tercinta.
Mengikut ajaran islam kita disunatkan untuk berdoa sebelum berbuka puasa kerana itu adalah waktu yang paling afdhal setelah seharian menunaikan ibadah berpuasa. Ianya amalan yang sering kita terlepas pandang sedangkan hikmah berdoa sebelum berbuka ini sangat mustajab dan sering diabaikan.
Teman nenek berbuka harini. Panjang doanyaa hancur iblis, jin, dan blackmetal semua pic.twitter.com/7aMonX92lz
— nualer (@Mkhairulanwarr) April 30, 2020
Menerusi satu ciapan di laman twitter seorang pemuda berkongsi video yang dirakam ketika beliau menemani neneknya berbuka puasa. Apa yang menarik ialah doa yang dibaca oleh neneknya terlalu panjang sehingga pemuda tersebut memegang penutup periuk menunjukkan dirinya yang kelihatan sudah tidak sabar lagi untuk menjamah juadah berbuka.
Ciapan tersebut sehingga kini sudah meraih 17.1k ciapan semula dan 17.8k tanda suka. Gelagat pemuda itu bersedia utk menikmati makanan sambil memegang penutup periuk mencuit hati para netizen.
Melihat keadaan nenek dan cucu itu, netizen juga meluahkan rasa rindu mengenangkan ahli keluarga masing-masing dan berdoa supaya nenek pemuda tadi diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang.
Beruntung jika kita berpeluang untuk menyambut Ramadhan kali ini bersama keluarga. Namun amalan sunat sepanjang bulan mulia ini janganlah kita semua abaikan. Semoga ibadah kita semua diberkati Allah.
Sumber : twitter nualer Mkhairulanwarr
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.