Hiburan

”Pandainya dia ikut rentak lagu tu” – Netizen

Bila sebut saja nama Lara Alana, anak perempuan kepada selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, pasti ramai yang sudah terbayang akan raut wajahnya yang comel dan senyuman lebarnya itu. Setiap hari ada saja keletah dan gelagatnya yang mencuit hati peminat dikongsikan di akaun instagram miliknya itu. Kepetahannya ketika bertutur lebih-lebih lagi dalam bahasa inggeris membuatkan Lara Alana sering menjadi tumpuan. Sehingga kini, followers di instagramnya telah mencecah 3.8 juta dan ini menjadikannya antara selebriti cilik yang famous di Malaysia.

Melihatkan aksi Lara yang tidak kekok setiap kali direkod, ramai yang merasakan Lara turut memiliki perwatakan yang saling tidak tumpah seperti Awal dan juga Scha. Mungkin satu hari nanti Lara pun bakal mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya. Siapa tahu kan?

Kalu tempoh hari Lara pernah mendapat pujian daripada penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti, kali ni Lara t0nj0lkan satu lagi bakat terpend4m iaitu menari. Aik, dah jadi geng tiktok pulak ke tu Lara?

Ramai yang ger4m melihat aksi si cilik ni menari. Mana taknya, bukan main l3ntik lagi tariannya. Pandai pulak tu ikut rentak lagu yang dim4inkan. Bijak betullah Lara ni. Netizen tak ketinggalan memberikan komen termasuklah selebriti Adriana Adnan.

Ada juga yang memuji lara sangat comel dengan tariannya dan lara pandai gaya ikut rentak lagu. Bapa kali ulang tengok gelagat lara alana ni. Alahai comelnya.


Nampaknya Lara dah boleh buka akaun tiktok sendirilah pulak lepas ni sebab ramai peminat yang dah request nak tengok Lara menari lagi. Hehe. Apa-apapun belajar rajin-rajin ye Lara, banggakan mummy dan daddy tau.

Sumber: Ig Lara Alana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *