Mempunyai anak ini adalah satu anugerah terindah dari Tuhan. Anak inilah yang mewarnai hidup kita sebagai ibubapa dengan aksi ragam dan tawa riangnya. Sangat beruntung dan bertuah jikalau sesebuah pas4ngan itu mempunyai anak yang bijak dan pandai yang boleh dilihat dari mereka kecil. Bukan senang untuk mendidik anak yang masih kecil untuk memahami apa yang kita mahu sampaikan.
Sudah kita ketahui, selepas beberapa tahun menunggu, akhirnya penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza, dan pas4ngannya Dato Khalid akhirnya mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang dinamakan Siti Aafiyah yang kini sudah berusia 2 tahun tahun ini.
Baru-baru ini, di laman Instagram Aafiyah Khalid telah berkongsi momen Aafiyah sedang bermain bersama mainannya. Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Aafiyah memanggil ibunya itu sangat lancar dan tidak pelat.
Kelihatan di dalam video tersebut, Tokti sedang melayan anaknya itu bermain dengan mainan itiknya dalam air. Dilihat juga, cara Aafiyah memanggil ibunya itu sangat lembut.
Netizen sangat kagum melihat kecerdikan Aafiyah dan mengatakan beliau bijak berkata-kata pada usia yang sangat muda.
Bukan senang untuk melihat anak sekecil Aafiyah punyai kebolehan bercakap pada usia yang sangat muda. Ini juga menunjukkan didikan Dato Siti yang konsisten mengajar Aafiyah untuk bercakap dengan lebih cepat dan fasih.
Mengajar anak-anak kecil ini memerluukan inisiatif ibu bapa tersebut secara langsung kerana dengan didikan ibubapa lah yang paling berkesan untuk mendidik anak.
sumber : ig Aafiyahkhalid
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.