Mereka yang berada di rumah sekarang semuanya pasti merasa kebuntuan akibat dari aktiviti yang terkekang di dalam kawasan rumah sahaja. Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan oleh kerajaan. Maka dengan itu, sudah sebulan juga kita semua duduk di rumah dan tidak keluar bekerja seperti selalu mahupun bersiar-siar.
Berbeza dengan artis kesayangan ramai Noor Neelofa ini yang pastinya sudah dikenali sebagai seorang yang amat menjaga penampilannya dan digelar “fashionista”. Membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada Ramadan tahun 2014 yang lalu, namanya kini semakin dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa sebagai ikon dan model hijab bertaraf dunia.
Kalau biasanya hampir setiap hari Neelofa mempunyai jadual yang padat ke sana dan kemari, tetapi sejak duduk di rumah dia kini mengeluarkan sisi lain yang ramai tidak tahu tentang Neelofa. Semenjak PKP bermula, Neelofa dilihat sering berkongsi gelagat lucu dirinya di laman Instagram bersama para peminat. Pastinya, setiap video yang dikongsikan itu pasti mendapat perhatian warganet yang terhibur dengan sikapnya.
Akibat kebosanan melampau, Neelofa telah membuat satu video yang menunjukkan dirinya sedap bersiap-siap dengan pakaian, kasut tumit tinggi serta beg tangan yang cukup cantik. Tanggapan pertama buat mereka yang melihat video tersebut pasti fikir mungkin Neelofa hendak membuat penggambaran di rumah, tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Berbeza dengan tanggapan orang ramai, ternyata Neelofa sebenarnya hanya hendak membuang sampah di luar rumah sahaja.
Para netizen rata-ratanya terpegun melihat Neelofa bersiap cantik-cantik hanya untuk buang sampah sekaligus terhibur dengan sikapnya itu. Patutlah Neelofa teruja bersiap kali ni untuk buang sampah, ternyata tudung yang dipakai olehnya adalah koleksi baru untuk raya tahun ni yang bakal dilancarkan esok. Duduk rumah dan buang sampah pun mestilah kena cantik, kalau tak nanti siapa yang nak beli tudung kan.
Buat mereka-mereka yang sudah bosan dan rindu nak berdandan cantik tu, boleh la tiru cara Neelofa. Pergi buang sampah pun harus catwalk okay. Tahniah diucapkan kepada Neelofa atas koleksi tudung Naelofar yang baru untuk raya nanti. Semoga koleksi baru tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai yaa.
Sumber: Instagram Neelofa
Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.