Hiburan

“OMG your twin, Mini Siti” – Sarimah Ibrahim

Tiada lagi yang diimpikan oleh seorang wanita melainkan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia bersama anak-anak. Sangat bertuah insan yang bernama Dato Sri Siti Nurhaliza kerana disamping mempunyai kerjaya yang sangat memuncak, beliau juga begitu disayangi oleh para peminat beliau. Jika dahulu beliau pernah diuji kerana lambat dikurniakan zuriat namun episod duka itu telahpun berlalu dengan kelahiran Aafiyah.

Seindah nama, buah hati sulungnya itu kini membesar dengan sempurna dan sangat petah bercakap. Seiring dengan peredaran masa, Aafiyah juga sudah pun berusia 2 tahun.

Bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya, Tokti yang masih lagi bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air baru sahaja melancarkan album terbaru beliau berjudul Manisfestasiti2020 beberapa hari yang lalu.

Menerusi instagram, Tokti memuatnaik sebuah video menunjukkan gelagat lucu anaknya Aafiyah semasa meluangkan masa membuat aktiviti dirumah. Sebagai seorang ibu, Tokti meluahkan rasa terharu melihat anaknya Aafiyah yang sudah semakin membesar.

Rata-rata netizen memuji wajah Aafiyah yang sangat seiras wajah Tokti ketika masih muda. Mimik muka dan gaya manja Aafiyah membuatkan netizen merasa seolah-olah melihat diri Tokti ketika waktu remaja semasa menyanyikan lagu Jerat Percintaan.

Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Bertuahnya Aafiyah dapat mewarisi kejelitaan ibundanya. Khabarnya Tokti pun sedang berhasrat untuk menambah zuriat. Mudah-mudahan hasrat Tokti itu dipermudahkan.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.