Kumpulan Raihan merupakan suatu nama besar dalam industri nasyid tanah air. Mereka sudah dua kali membuat persembahan di dewan bersejarah yang berprestij di dunia iaitu Dewan Royal Albert Hall. Kumpulan ini sering berkelana ke seluruh dunia untuk membawa mesej keharmonian dan dakwah Islam melalui lagu. Namun begitu, pengunduran vokalis utamanya iaitu Nazrey Johani memperlahankan sedikit aktiviti kumpulan ini. Kumpulan ini membuat kemunculan semula menerusi kolaborasi lagu Sesungguhnya 2019 bersama penyanyi Alif Satar pada tahun lalu.
Ternyata duet tersebut meraih perhatian dan mengangkat kembali nama Raihan yang pernah menjadi fenomena sebelum ini. Sambutan hangat yang diterima membuatkan tahun ini Raihan mengeluarkan duet terbaru bersama Alif Satar menerusi lagu Damba CintaMu. Lagu yang diberi nafas baru ini meruntun jiwa pelbagai lapisan pendengar.
Walaubagaimanapun susunan muzik tidak berubah bagi mengekalkan jiwa lagu Damba Cintamu ini. Duet Alif dan Raihan menjadikan naskah seni itu lebih segar hasil gabungan generasi lama dan baru lantas menggabungkan peminat dari dua generasi berbeza.
Suara Alif tidak pernah mengecewakan malahan paduan suara mereka berdua menjadikan lagu itu lebih mendayu. Menerusi saluran y0utube milik Alif Satar, beliau baru sahaja memuatnaik muzik video lagu Damba Cintamu. Menariknya, kali ini muzik video lagu tersebut menampilkan pelakon dan pengacara Neelofa. Neelofa tampil didalam muzik video itu melakonkan watak seorang hamba yang sedang men4ngis memohon keampunan daripada Ilahi.
Penghayatan dan lakonan Neelofa sangat mantap seiring dengan bait-bait lagu yang menyentuh jiwa. Rasa keinsafan yang diluahkan Neelofa menerusi muzik video juga terasa sampai dan terkesan dihati sehingga mengundang sebak dan menitiskan air mata penonton.
Sesuai dengan suasana Ramadhan, lagu ini mendidik jiwa dan menjadi santapan rohani buat kita semua. Lirik yang sangat puitis menjentik hati untuk bertaubat kepada tuhan. Rata-rata yang mendengar lagu ini terkesan dengan lirik yang penuh keinsafan dan membuai emosi untuk membawa kita supaya lebih dekat kepada Allah.
Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen :
Tq abg alif satar sebab sudi naikkan semula lagu2 raihan yg dulu sgt mendidik diri ini..teruskan duet dgn raihan yaa best version nie huhu sedih sgt..kepada Raihan walaupun meningkat usia..sokongan dan dokongan kami peminat tetap sama seperti dulu..teruskan perjuangan
I’m not a big fan of u but this song brought me here. I just wanna wish u all the best in this life n hereafter. May Allah guide u and bless u. Keep doing such good deeds. I really love the song. Cry1ng like b4by.. barakallah fikum Alif dan Raihan
sayu hati tengok Lofa n4ngis… moga kita sentiasa istiqomah menuju ke jalanNya.. moga kita sentiasa dalam jagaan Allah dan diberikan petunjuk walaupun kdg2 kita berpaling pdNya. mendalam lirik dalam lagu ni.. sebak.
N4ngis air mata jatuh dengar bait setiap lirik dlm lagu ni. Sangat2 menyentuh hati. Neelofa too did a good job. Ikut n4ngis sekali tgk dia n4ngis. Thank you for bringing up this song back.
part Neelofa men4ngis tu lagi laju airmata turun. Knpa mkin lofa n4ngis makin kuat airmata keluar ni.. Best lagu ni
Pemilihan artis duet yang mempunyai aura positif seperti Alif Satar nyata memberikan impak dan menarik minat masyarakat mendengar lagu yg berkonsepkan ketuhanan. Kolaborasi istimewa menggabungkan Raihan dan Alif mngalkan kesan positif kepada masyarakat. Allahu sebak rasanya mengenang dosa kita kepada pencipta. Syabas buat mereka semua.
Sumber : y0utube Alif Satar
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.