Insan seni yang bernama Zizan Razak pasti sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Sebut sahaja nama Zizan Razak masyarakat pelbagai lapisan usia pasti mengenali beliau. Karakter beliau yang sentiasa ceria dan menghiburkan membuatkan beliau menjadi artis yang kekal popular dan ianya terbukti dengan mempunyai pengikut seramai 7 juta di akaun Instagram peribadi miliknya.
Baru baru ini beliau membuat kemunculan dalam sebuah program di stesen televisyen swasta sebagai tetamu jemputan. Program tersebut yang diberi nama I Can See Your Voice Malaysia sebuah program yang menampilkan enam individu yang mempunyai identiti sebagai penyamar atau penyanyi sebenar.
Semasa dijemput untuk membuat persembahan mengenal pasti identiti penyanyi dipusingan lip-sync, Zizan tidak menyedari bahawa dia sebenarnya terlupa untuk zip seluar. Gayanya yang lucu dan spontan ketika menyedari perkara tersebut mengundang gelak tawa penonton yang hadir. Artis jemputan lain yang turut serta di dalam program tersebut ketika itu iaitu Romana Zamzam juga ketawa sampai tak ingat dunia.
Melihatkan aksi Zizan yang cuba untuk cover malu setelah menyedari hal tersebut memang pecah perut dibuatnya. Background bunyi ketawa Ramona di dalam video berkenaan juga makin mengundang gelak tawa netizen. Ada netizen yang memberikan komen terhibur dan ketawa hanya kerana mendengarkan gelak tawa Ramona yang sejak dari awal ketawa tak berhenti henti.
Rmona punya gelak memang Win. Kebanyakan komen netizen memberi reaksi kepada gelak tawa Ramona dan juga gelagat Zizan. Paling tak boleh tahan masa Zizan dah terkejut dan melompat lompat. Kalau ada mereka berdua lepas ni memang confirm pecah la studio.
Aduii Zizan ni, kalau tak buat lawak memang tak sah. Boleh buat kenangan di hari tua la video ni nanti. Memang kelakar habis. Pecah perut kami semua di buatnya. Macam manalah peminat tak sayang dan kalau peminat tak sayang tak kan follower boleh cecah 7 juta kan.
Sumber : Instagram zizanrazak869
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.