Hiburan

“Nama pilihan baba, apa baba suka ibu turutkan..” – Dayah Bakar

Pengacara Nasi Lemak Kopi O iaitu Dayah Bakar baru-baru ini mengumumkan telahpun selamat melahirkan anak sulungnya. Detik-detik yang begitu menyedihkan dikongsikan Dayah pada malam sebelum beliau melahirkan buah hati sulungnya itu berikutan kerinduan beliau kepada suami tersayang. Dayah sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau sudah hampir lapan bulan tidak berjumpa suaminya.

Beliau terpaksa berjauhan dengan suaminya Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang ditugaskan ke Australia pada bulan Januari yang lalu. Begitulah lumrah yang terpaksa dilalui oleh seorang wanita yang bersuamikan seorang anggota tentera yang berkhidmat demi negara.

Buat Dayah sendiri ianya bukanlah satu tempoh yang mudah dan ketiadaan suami amat dirasai tambahan pula ketika beliau sedang sarat mengandung dan melalui detik kelahiran buat pertama kali.

Setelah tujuh hari anak sulung lelakinya itu dilahirkan, Dayah telahpun mendedahkan nama anaknya melalui laman media sosial. Menurut Dayah, nama tersebut merupakan pilihan hati suaminya sendiri. Anaknya itu diberikan nama Achbar Muhammad Fahri Bin Muhammad Hanif.

Dayah turut berkongsi maksud nama anaknya dimana Achbar membawa maksud  dihormati, Muhammad ialah yang terpuji manakala Fahri pula ialah kebanggaanku.

Ramai yang memuji nama anak beliau sebagai unik dan mempunyai maksud yang sangat indah. Para pengikut akaun Instagram beliau juga turut mendoakan anaknya itu menjadi anak yang soleh dan bakal berbakti buat ibu dan babanya suatu hari nanti.

Selamat berpantang diucapkan buat Dayah. Pastinya bukan mudah buat Dayah menjalani tempoh mengandung, bersalin dan berpantang seorang diri tanpa kehadiran suami tercinta.

Mudah-mudahan urusan beliau dipermudahkan dan c0v1d ini berakhir secepat mungkin supaya keluarga kecil ini dapat bersatu tidak lama lagi.

Sumber : Instagram dayahbakar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.