Hiburan

“Menangis tengok duit raya Datin”- Netizen

Perayaan Aidilfitri telah disambut dengan penuh kegembiraan pada tahun ini. Meskipun suasana hari raya pada kali ini amat berlainan apabila seluruh rakyat Malaysia dilarang untuk pulang ke kampung halaman bagi membendung penularan wab4k c0v1d-19, kita masih tetap raikannya dalam keadaan yang sederhana dan meriah. Bagi yang berjauhan bersama keluarga, panggilan video satu-satunya cara untuk mengubat rindu kepada keluarga tercinta.

Buat keluarga psangan Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida, mereka berpeluang menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga tersayang pada hari raya pertama. Tangisan kegembiraan di pagi 1 Syawal mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan usahawan terkenal ini.

Video suasana pertama Syawal yang dikongsi Aliff Syukri menerusi laman instagramnya telah menyentuh hati ramai netizen apabila kata-kata nasihat dari Aliff dan Shahida buat anak sulungnya, Ammar cukup membuatkan kita sendiri sebak tatkala mendengarnya.

View this post on Instagram

Waktu kecil kecil dahulu saya tidak dapat rasa kegembiraan beraya di dalam satu keluarga macam ini. Maklumlah mak bapa saya bercerai… syukur mak sy @bondarozitaibrahim bahgia dgn suami skrg.. malam ni sy posting vedio dgn dia ekk.. sumpah sedih😂😂 . . Dan apabila saya berkhawin, saya berusaha untuk mempunyai keluarga yang bahagia.. ini macam satu mimpi. Pada saat ini saya dapat berkumpul dengan keluarga saya dan alhamdulillah perkhawinan yang menjangkau hampir 13 tahun ini, bertahan..bkn benda yg mudah.. . . Bukan mudah untuk mempertahankan perkhawinan ini, pelbagai onak dan duri perlu kami tempuhi. Dan akhirnya inilah satu kenikmatan yang sukar digambarkan oleh kata-kata… i love #uhuhuabangkosmetik #ohabangkosmetik . Doakan kami bahagia. Akhir kata daripada saya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin andai saya terkasar bahasa terutamanya di Instagram dan juga facebook saya. Doakan saya menjadi ketua keluarga, bisnesman, ibu dan juga suami yang terbaik untuk semua. AMIN YA RAB .. Siapa yang suka video ini spam emoji ❤️❤️bawah👇🏻 baju murah rm100 beli di gaint nak tngok di mana sy beli gi youtube ahhaha.. tudung wife sy dari @as.hijabofficial . . 👇🏻 (Video penuh saya akan posting di YouTube 08:00 malam ini jangan lupa tengok di tv Telajak laris ) @qadejah_terlajaklaris @shahidadherbs @ammarahyan_terlajaklaris @baemadham_terlajaklaris .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff Syukri dan Shahida sempat titip nasihat buat Amar untuk sentiasa menjaga adik-adiknya memandangkan Ammar merupakakn anak sulung.

Selain itu, kapsyen Aliff pada posting video tersebut juga mendedahkan, dia sendiri tidak pernah merasakan kegembiraan beraya di dalam satu keluarga memandangkan ibu-bapanya telah bercrai pada satu ketika dahulu. Aliff juga memberitahu untuk terus berusaha mempunyai keluarga yang bahagia meskipun pelbagai onak dan duri perlu ditempuh.

Sementara itu, mata-mata netizen juga tertumpu pada duit raya yang diterima Shahida daripada suami tercinta. Bukan sikit-sikit tau, satu ikat duit RM50 tu….

“Men4ngis teng0k duit raya datin”- Netizen

“Duit raya dia wooo”- Netizen

Malah, pelakon Zarina Zainuddin turut mngalkan komen pada posting video Aliff Syukri.

Posting video juga telah ditonton sehingga 500,000 tontonan dan rata-rata netizen telah memenuhi ruangan komen dengan ucapan raya serta mendoakan kebahagiaan Aliff Syukri bersama keluarga tercinta.

Meriahnya suasana hari raya pertama Datuk Aliff Syukri dengan keluarga tersayang. Lagi best bila tengok Datin Shahida punya duit raya, untungnya datin hehe….

Sumber: Instagram Aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.