Siti Aafiyah anak selebriti terkenal Dato Siti Nurhaliza dan Dato Khalid sudah menjadi semakin popular sekarang, lantaran gelagat comelnya sering mencuit hati peminat ibunya. Aafiyah juga mempunyai peminat tersendiri yang memang follow pekembangan si kecil ini setiap hari. Kebiasaaan Tokti akan memuat naik gambar dan gelagat anaknya di ruangan instagramnya dan juga ada juga team tokti yang selalu memuat naik video Aafiyah untuk di kongsi kepada peminat.
Walaupun Aafiyah tiada official instagram miliknya tetapi nama Siti Aafiyah sudah menjadi antara nama anak artis yang top dan di kenali sekarang. Aafiyah juga sering mengikut Tok ti membuat Show, sangat peramah periang dan suka melayan peminat membuatkan Aafiyah sangat di sukai semua peminat ibunya dan Aafiyah juga nampak tidak kekok apabila di depan ramai orang.
Kecil kecil dan bijak Aafiyah ini. Setiap masa mesti ada gelagat comel dan bijaknya yang di kongsikan. Seperti yang sedia maklum, Tok ti juga tengah berusaha untuk mengandung sekali lagi untuk adik Aafiyah melalui ivf. Semoga semuanya di permudahkan.
Melalui perkongsiannya dari salah satu team tok ti di ruangan instagram milik Ct sharina, dia berkongsi video Aafiyah basah kuyup main air yang di rakam Kak Dayah pengasuh Aafiyah. Bila di tanya kenapa baju basah Aafiyah memberitahu kak nelly yang membuat baju basah dan di push push air. Alamak pandai pula Aafiyah bercerita. Betul ke tidak tu?
Melalui perkongsian tersebut Aafiyah dengan gelagat comelnya meminta maaf dengan pengasuhnya kerana bajunya basah.
Rata rata netizen terhibur dengan gelagat Aafiyah. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik solehan serta penghibur hati ibu.
Sumber : Ig ctsharina