Hiburan

Melangkah ke Penjara Kajang, Doa Ustaz Ebit Lew buat banduan akhir undang sebak

Ustaz Ebit Lew merupakan seorang pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia. Disamping menjalankan kerja dakwah, Ustaz juga mengusahakan beberapa buah perniagaan namun sebahagian besarnya beliau salurkan bagi membiayai aktiviti kebajikan dan dakwah. Kegiatan dakwah yang dilakukannya tidak mengira tempat dan beliau juga sering berkongsi bersama pengikutnya mengenai kegiatan dakwah yang dilakukan agar menjadi ikutan dan panduan buat para pengikut yang mengikutinya di media sosial.

Buat para pengikut yang setia mengikuti perkembangan dakwah beliau sebelum ini, mereka sedia maklum bahawa Ustaz Ebit juga juga ada membuat lawatan ke penjara bagi memberikan sumbangan barangan keperluan, bimbingan agama serta kata-kata semangat buat banduan disana. Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew berpeluang berkunjung ke sel banduan akhir di Penjara Kajang dan beliau berkesempatan berkongsi aktivitinya disana.

Ustaz Ebit Lew menceritakan bagaimana pihak Penjara Kajang menguruskan para banduan akhir dimana pihak penjara berhasrat untuk menjadikan penjara seolah-olah sebagai sebuah universiti untuk memberikan ilmu buat banduan akhir. Para banduan akhir juga telah berjaya menghasilkan sut PPE buat petugas barisan hadapan. Mereka turut diajar cara-cara utk menyediakan kuih seperti karipap dan juga roti. Setakat ini hampir 10 ribu karipap telah mereka hasilkan setiap hari.

View this post on Instagram

Melangkah ke sel banduan akhir..jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang. Insaf bersama mereka yang ada tarikh ditentukan untuk pergi . Sebak tadi masa hadiahkan 3 mesin basuh 25 kg ke Penjara Kajang. Dapat jumpa 40 banduan akhir di Penjara Kajang. Baru mula beri sedikit nasihat dan doa semua menangis teruk tadi. Masa cerita perjuangan Nabi saw dan keluarga. Sebut tentang mak ayah. Mereka semua kenal saya. Happy sangat mereka. Menangis semua terharu. Muka semua bersih jer. Dahi hitam-hitam. Sujud atas sejadah dan simen agaknya. Tapi air mata mereka saya rasa macam mutiara. Sebak tengok mereka menangis. Ada seorang banduan hafiz alim masa baca Al-Quran tadi. Merdu sangat bacaannya. Dia menangis masa baca. Ramadhan ini terasa sampai ke hati bacaannya. Semua menangis waktu saya tanya tentang mak ayah. Beliau banyak berdakwah dalam penjara dan membantu rakan lain. . Hj Abdul Halim Tuan Pengarah dan semua warden ingin menjadikan penjara seperti universiti. Ribuan baju PPE dihasilkan dah. Syukur dapat hantar banyak hospital. Mereka juga buat karipap dan roti sendiri. Dapat infak dijalan Allah. Siapa nak beli pun boleh. 10 ribu karipap sehari mereka hasilkan-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Muatnaik video di Instagram Ustaz Ebit itu juga turut membuka mata masyarakat mengenai kisah banduan akhir. Ustaz Ebit turut sebak semasa bercerita mengenai banduan akhir yang menangis meluahkan rindu kepada keluarga. Ustaz juga turut memuji seorang banduan yang mempunyai suara yang sangat merdu mengalunkan ayat suci Al-Quran. Banduan tersebut banyak berdakwah serta membantu rakannya yang lain di dalam penjara.

Perkongsian Ustaz itu telah melahirkan rasa keinsafan kepada sesiapa sahaja yang menonton video tersebut. Para banduan akhir ini sudah ada tarikh yang telah ditentukan, sedangkan kita masih tidak pasti pengakhiran kehidupan kita. Rata-rata netizen juga merasa sebak dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz buat mereka semua.

Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen:

Banduan akhir untung sbb dh tau hri kematian dorng. Taubat mereka, insyaallah syurga..Kita pun tak tahu pengakhiran kita mcam mana – netizen

betul dik… Tiada yg sempurna di bumi Nya ni…. tp sebak bila dgr… 1 hamba Allah yg bersuara tu… X nmpk wajah mrk tp sekurangnya mulia nya dia di sisi Allah saat ajal nya menunggu… tp x nafi kan perjuangan… perjalanan ustaz yg di share selama ni… byk memberi pengajaran… tunjuk ajar pada kita semua selaki hamba Allah… Thks Allah… thks ustaz- netizen

Indah nya mereka terus istiqomah bertaubat… Terus bertaubat sehingga Tarikh Dan hari nya sampai…. Walaupun dah ada Tarikh… Mungkin Allah SWT ada yg ambil mereka sebelum Tarikh itu… Wallahu Allam.. Semoga Allah swt mengampunkan dosa dosa mereka Dan kita semua hamba nya.. Insya Allah… Amin.. – netizen

saya pun fikir begitu… semoga Allah berikan hidayah buat mereka dan jdikan mereka ahli-ahli syurga hendaknya Aamiin.. – netizen

sebenarnya mereka lebih baik daripada kita mereka dpt berbuat amal sebaik mungkin.kita diluar Lom tentu dpt beramal sebaik mereka.doakan mereka semoga dirahmati Allah Aamiin yaa Rabbal Alamin – netizen

Disebabkan itulah kita dinasihatkan untuk tidak menghakimi para banduan akhir ini. Mereka mungkin kelihatan “tidak baik” didunia tetapi mungkin mulia di sisi Allah kerana telahpun bertaubat. Manusia yang terbaik apabila mendapat pengakhiran hidup yang baik. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha Ustaz Ebit.

Sumber : Instagram ebitlew

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.