Hiburan

“MashaAllah, sedap suara ni kalau jadi imam” – Netizen

Sudah menjelang bulan Ramadhan yang telah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam seluruh dunia pada ketika ini. Walaupun kali ini Ramadhan hanya disambut sederhana dan sayu akibat dugaan yang melanda negara, tetapi orang ramai masih bersemangat bagi menyambut Ramadhan yang hanya tiba setahun sekali ini. Bulan yang mulia ini pastinya diisi dengan ibadah dan perkara bermanfaat oleh semua orang termasuk para selebriti sendiri.

Setelah lama tak dengar khabar penyanyi dan komposer tanah air yang satu ini, Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau ringkasnya dipanggil Faizal Tahir ini telah berkongsi satu video mengajinya di laman Instagram yang menarik perhatian ramai orang dalam bulan suci Ramadhan ini. Memilih genre pop rock sebagai genre nyanyiannya, Faizal Tahir mula dikenali setelah menyertai rancangan realiti One In A Million terbitan 8TV pada suatu ketika dahulu dan dinobatkan sebagai naib juara.

Pasti ramai yang tidak tahu sebelum memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian Pop Rock, Faizal Tahir merupakan bekas kepada kumpulan nasyid bernama Mirwana dan mempunyai satu album sebelum memutuskan untuk mngalkan kumpulan tersebut kerana s4kit. Walaupun jarang berkongsi hal peribadinya terutama keluarga bersama peminat, tidak dapat dinafikan kerana bakat dan kejayaan besar yang dimiliki telah dapat menarik peminat untuk bersamanya hingga ke tahap sekarang.

Terpegun dengan kelunakan dan kemerduan suara Faizal Tahir membacakan Surah Al-Inshirah melalui challenge di Instagram iaitu “baca dan sambung”, para netizen dan peminat masing-masing telah memuji suaranya. Kalau dulu kita dapat dengar kemerduan suara Alif Satar mengaji, tetapi Ramadhan kali ini dapat pula dengar suara penyanyi legend kita pula yang mengaji. Memang tidak dapat disangkal lagi, penyanyi-penyanyi tanah air ini memang bukan sahaja pandai menyanyi malah pandai mengaji juga.

Caption pada video tersebut juga terlihat dia mengajak orang ramai untuk mencuba challenge tersebut bagi memastikan surah yang dibaca adalah betul. Selain hanya sebagai satu challenge, orang ramai juga dapat menjadikannya sebagai salah satu cara untuk menghafal surah. Langkah-langkah baik seperti ini wajar dijadikan contoh oleh artis lain demi menyampaikan lebih banyak kebaikan sepanjang bulan suci Ramadhan ini.

“Semoga abang Faizal Tahir menjadi seorang generasi Al-Quran yang berkaliber tinggi” – Netizen

Selain memuji, para netizen juga tidak ketinggalan menyakat abang Faizal Tahir kita ni berkenaan filter cahaya di muka pada challenge tersebut. Kalau dapat dengar Faizal Tahir mengaji lagi panjang masa bulan puasa ni mesti lagi best kan. Harap lepas ni boleh dengar lagi kemerduan suara Faizal Tahir mengaji.

Sumber: Instagram Faizal Tahir

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.