Bukan mudah untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang mengamalkan poligami. Sudah pasti setiap individu yang melalui kehidupan berp0ligami akan melalui pelbagai onak dan duri dalam perkahwinan. Namun begitu, sudah namanya lumrah kehidupan berumahtangga tiada yang terlepas daripada sebarang ujian. Walaubagaimanapun, setiap ujian yang melanda pasti akan ada jalan penyelesaiannya.
Apa yang penting kerjasama. Sekiranya kedua-dua belah pihak memainkan peranan berusaha untuk mencari penyelesaian maka tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Rumahtangga yang bahagia ialah dimana kedua-dua pas4ngan mampu untuk menghadapi ujian dalam berumahtangga secara bermuafakat.
Buat pelakon Ashraf Mslim yang mengamalkan poligami dalam perkahwinan, kewibawaaan beliau dalam mendidik para isteri dan anak-anak beliau untuk hidup secara harmoni dan saling berkasih sayang telah menunjukkan sisi yang positif dalam kehidupan berpoligami.
Sejajar dengan ajaran Islam yang menjadikan poligami sebagai salah satu sunnah daripada Nabi, sudah pasti ada hikmah disebalik apa yang telah disyariatkan dalam Islam.
Memuatnaik video semasa meraikan sambutan hari raya, anak-anak Ashraf kelihatan sangat akrab bermanja bersama ibu dan mama mereka berdua. Kemeriahan aidilfitri dalam keluarga ini bertambah seri dengan gelagat anak-anak mereka bersama.
Keikhlasan mereka sekeluarga saling berkasih sayang dapat dirasai oleh para peminat. Ashraf berkata adalah sangat penting untuk hidup secara bertoleransi dan saling bermaafan diantara satu sama lain. Bergurau senda juga perlu ada dalam institusi kekeluargaan untuk mewujudkan suasana gembira dalam keluarga.
Diakui tidak semua orang mampu untuk menjadi seperti keluarga ini. Boleh dikatakan seperti satu dalam sejuta. Para netizen amat kagum dengan semangat kekeluargaan yang ditunjukkan oleh keluarga ini.
Ruangan komen diinstagram Ashraf juga dipenuhi ucapan selamat hari raya daripada para pengikut instagramnya.
Setiap kali hari raya semestinya memang ditunggu-tunggu setiap tahun oleh keluarga ini kerana akan membawa pelbagai cerita yang berbeza. Ashraf sangat berbangga dengan kedua-dua isterinya kerana walaupun dalam keadaan PKP, namun mereka berdua sanggup bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dengan bahagianya.
Selamat hari raya diucapkan buat keluarga ini. Semoga mereka sentiasa dikurniakan dengan kebahagiaan selalu hendaknya.
Sumber : Instagram ashrafmslim
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.