Kata kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah pula kekal selamanya ini sesuai digunakan buat seorang selebriti tempatan yang satu ini. Kalau sebut saja chef selebriti tanah air, pastinya ramai antara mereka yang pasti akan teringat dengan nama besar Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Dato’ Fazley Yaakob oleh orang ramai. Pasti ramai yang masih ingat lagi ketika Dato’ Fazley masih giat dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie, Janji Diana dan Gila Bola.
Pada tahun 2007 pula, Dato’ Fazley sendiri telah membuat keputusan untuk menamatkan masa bujangnya bersama Azrene Soraya yang merupakan anak perempuan kepada Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suaminya dahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik. Kemudian pada tahun 2012 dia telah menyertai Masterchef Selebriti Malaysia dan telah menjadi juara pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah memperkenalkan lagi namanya dalam bidang masakan yang tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya.
Hasil perkahwinannya bersama Azrene telah dikurniakan 4 orang cahaya mata yang semuanya comel-comel yang dikenal dengan nama panggilan Payish, Piyash, Piyush dan Alayna. Bapa mana di dunia yang tak sayang anak mereka kan. Begitulah juga dengan Dato’ Fazley yang sentiasa memperlihatkan keakrabannya bersama keluarga dan anak-anak. Walau sudah mempunyai 4 orang cahaya mata, tetapi dia sentiasa menunjukkan kasih-sayang yang tidak berbelah-bahagi mahupun sikap pilih kasih terhadap anak-anak. Kesemua mereka dilayan dengan kasih yang sama dari seorang bapa.
Dato’ Fazley telah memuatnaik video baru di mana dia mengangkat ketiga-tiga anak lelakinya yang baru sahaja pulang dari sekolah dari yang paling kurus sehingga yang paling comel di antara mereka. Sikap seorang bapa yang penyayang ini telah dipuji ramai netizen yang melihat video tersebut. Walaupun terlihat kepayahannya untuk mengangkat setiap seorang anak lelakinya itu, tapi dia tetap berusaha sebaik mungkin untuk membuat anak-anaknya gembira.
Bak kata Dato’ Fazley, agak-agak sampai bila la ya dia boleh angkat semua anak-anaknya itu. Semoga bila dida dah tua nanti boleh lah Payish, Piyash dan Piyush angkat dida pula ya. Semoga keluarga Dato’ Fazley ini selalu diberikan kebahagiaan yang tidak berbelah-bahagi sesama sendiri ya dan anak-anak membesar sebagai anak yang berjasa dan berguna suatu hari nanti.
Sumber: Instagram Dato’ Fazley Yaakob