Hiburan

“Mama tidur kat mana pulak, kesian mama terpinggir” – Netizen

Elly Mazlein atau Kak Lina mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya. Sara sekarang telah berusia 4tahun. Perkahwinan kedua Kak Lina bersama dengan Cikgu Azlan bukan sahaja memberi kebahagiaan kepada selebriti tersebut tetapi juga kepada anaknya Sara. Kehadiran Cikgu Azlan dalam hidup Kak Lina juga turut memberi seribu rahmat dan kegembiraan buat anaknya.

Biasalah kita dengar anak perempuan kebiasaannya akan rapat dan terlalu manja dengan ayahnya. Begitulah Sara yang terlalu manja dan rapat dengan papa tirinya Cikgu Azlan. Cikgu Azlan juga nampak tidak kekok melayan Sara walaupun tidak pernah ada pengalaman mempunyai anak sebelum ini.

Baru baru ini Kak Lina dan keluarga telah menyambut hari lahir anaknya yang ke 4 tahun di rumah mereka. Sambutan tersebut walaupun secara sederhana tetapi telah di rancang rapi Kak Lina Suaminya dan ayah Kak Lina

Gigih siapkan deko untuk surprisekan Sara. Sara juga kelihatan sentiasa berada di dalam peluukan Cikgu Azlan sepanjang mereka nyanyikan lagu happy birthday. Manja dengan papa lagi dari mama ye.

Sepanjang cuti sekolah juga Kak Lina dan keluarga ke langkawi untuk bercuti sempena birthday Sara. Melalui update terbaru Kak Lina di ruangan instagramnya dia memuat nail gambar Suami dan anaknya sedang tidur dengan caption yang pasti menyentuh hati semua orang.

Kata Kak Lina, itulah cara Sara tiap kali ingin tidur pasti akan menyelit di bawah ketiak papanya dan suka di pel0k papanya. Nampak sangat Sara sangat lena tidur di samping cikgu Azlan.

Seperti yang kita tahu, sekarang adalah masa semua orang berada di rumah atas saranan kerajaan dan semua sekolah dan premis juga tutup. Nampaknya Cikgu Azlan juga turut sambung bercuti dan dapat luangkan banyak masa bersama anak tirinya Sara dan Kak Lina.

Rata rata netizen juga sangat mengagumi sikap Cikgu Azlan dan merasakan Sara sangat bertuah memiliki bapa tiri sebaik cikgu Azlan. Ada juga netizen yang peka tentang Kak Lina, selalu mama terpinggir apabila Sara selalu ingin berkepit dengan papanya.

Tidak mengapa Kak Lina, Biarkan Sara melepaskan rindu yang telah lama dia pendamkan. Hati kanak kanak terlalu rapuh mereka mungkin tengah bersedih atau sunyi tetapi tidak tahu untuk ungkapkan. Alhamdulillah selepas kehadiran Cikgu Azlan nampak sangat kegembiraan di wajah Sara pada hari pertama Kak Lina war warkan wajah suami dan anaknya di majlis malam berinai. Nampak Sara terlalu rapat dengan cikgu Azlan dan happy.

Semoga Sara sentiasa happy di samping mama dan papa, menjadi anak yang baik dan berjaya dunia akhirat. Semoga segala kebaikan yang di lakukan Cikgu Azlan untuk anak tirinya ini di beri kebahagiaan yang luar biasa di dalam rumah tangga mereka.

Sumber : Ig Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *