Hiburan

“Mak pun pandai nyanyi, sebak pulak dengar” – Netizen

Pengorbanan seorang ibu begitu besar dalam melahirkan dan membesarkan anak-anak. Tentu sekali jasa ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit kerana kasih sayang mereka terhadap anak-anak cukup mendalam. Tatkala kita bersama keluarga tercinta di rumah, penyanyi Khai Bahar terpaksa berjauhan bersama ibu kesayangannya memandangkan masing-masing perlu akur dengan arahan pihak kerajaan bagi Perintah Kawalan Pergerakan pada ketika ini.

Walaupun Khai dan ibunya berjauhan, mereka tetap saling berhubung seperti biasa. Lebih menyentuh hati, Khai dengan ibunya sempat meluangkan masa menyanyi berduet bersama walaupun ia hanyalah menerusi whatsapp sahaja.

Nyanyian duet Khai bersama ibunya dengan menggunakan voice note di whatsapp telah dikongsi oleh Khai menerusi instagramnya dan ternyata kerinduan seorang anak terhadap ibunya betul-betul membuatkan netizen berasa sebak. Tidak dinafikan, itulah satu-satunya cara Khai melepaskan rindu terhadap ibu kesayangannya.

Perkongsian video Khai itu telah mencuri perhatian netizen sehingga ditonton hampir 135,000 tontonan. Netizen tidak ketinggalan memberi komen dan pelbagai reaksi daripada mereka selepas mendengar nyanyian Khai bersama ibunya. Siapa sangka, ibu Khai Bahar pun suara sedap ya…

Rata-rata netizen turut memuji suara merdu milik ibu Khai. Orang kata ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ kan..

“Mak pun pandai nyanyi”- Netizen

“Sedap g1la suara mak Khai”- Netizen

“Abang Khai suara memang terbaik, tak pernah tak sedap”- Netizen

Sedap betul suara ibu Khai Bahar. Bila dengar memang rasa nak tertidur hehehe.. sweet je anak dengan ibu nyanyi sama-sama, dalam whatsapp pun jadi lah..

Sumber: Instagram Khai Bahar

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.