Hiburan

Lepas dukung anak Izara Aishah, Farah Nabilah umum hamil anak pertama

Farah Nabilah atau nama sebenar beliau Farah Nabilah binti Saipuddin merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Beliau yang lebih mesra di panggil Fawa memulakan kerjaya menerusi sebuah iklan komersial sekitar tahun 2011 dan melonjak naik menjadi pelakon menerusi beberapa buah drama antaranya Titian Cinta, Mr. Grey dan juga Cik Reen dan Encik Ngok Ngek yang menyaksikan gandingan serasi beliau bersama Fikry Ibrahim.

Mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 27 tahun, beliau mendirikan rumahtangga bersama seorang juruterbang yang bernama Muhammad Amirul Yunus pada 20 Disember 2019.

Baru-baru ini, Fawa dilihat mengunjungi rumah sahabat baiknya Izara Aishah untuk menjenguk puteri sulung Izara iaitu Irisa Alaia. Fawa yang mempunyai perwatakan yang lemah lembut disifatkan sebagai seorang yang penyayang dan amat gemarkan kanak-kanak.

Ketika itu para peminat beliau rata-ratanya mendoakan supaya Fawa dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Nampaknya harapan para peminat termakbul apabila Fawa mengikut jejak langkah sahabat baiknya Izara Aishah. Fawa hari ini telah mengumumkan dirinya sedang mengandungkan cahaya mata sulung. Kandungan beliau itu sudahpun mencecah 19 minggu. Beliau membuat perkongsian mengenai berita kehamilan tersebut melalui Instagram peribadinya.

Berkongsi sebuah video yang memaparkan baby bump, dirinya merasa sangat bersyukur dengan kehamilan itu dan memohon supaya para peminat terus mendoakan dirinya.

Perkongsiannya membuatkan para peminat beliau merasa sangat teruja serta gembira dengan berita tersebut. Rata-ratanya mendoakan semoga Farah melalui proses kehamilan yang lancar dan juga dipermudahkan segala urusan untuk menyambut kedatangan cahaya mata yang sulung.

Ruangan komen Instagram beliau juga turut dihujani ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan-rakan artis yang rata-ratanya gembira dengan pengumuman tersebut.

Buat psangan muda seperti mereka, sudah semestinya mempunyai perasaan gembira dan juga sangat teruja dengan kehadiran bayi sulung ini. Memandang ini merupakan merupakan pengalaman pertama buat beliau dan suami mudah-mudahan segala urusan Fawa dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan ini.

Sumber : Instagram farahnabilahofficial

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.