Hiburan

“Lara buat ucapan kat daddy tapi mata kita yg masuk habuk” – Netizen

Sekian lama menanti akhirnya pada hari khamis minggu lalu pasngan ini telah mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi laman Instagram peribadi milik Awal, Scha dan juga Lara Alana. Pengacara melodi itu bersama anak sulungnya Lara membuat rakaman video pendek untuk mengumumkan perkara tersebut kepada para pengikut mereka di media sosial.

Pengumuman tersebut juga menjadi hadiah paling bermakna buat Awal sempena hari kelahiran beliau. Beliau memohon doa orang ramai agar kandungan Scha sihat dan juga dapat menjalani perjalanan kehamilan dengan sempurna.

Semakin meningkat dewasa, anak sulung pasngan ini iaitu Lara Alana sudahpun berusia 6 tahun. Sememangnya kehadiran anak kedua mereka ini adalah yang paling dinantikan.

Berkongsi entri terkini di Instagram, beliau meluahkan rasa terharu dengan layanan yang diberikan oleh rakan setugas di program yang diacarakan oleh beliau iaitu Melodi kerana menyambut hari lahir beliau dan turut merakamkan ucapan istimewa daripada anak sulungnya Lara Alana.

Awal di lihat sangat sebak dan matanya juga kelihatan berkaca menahan perasaan terharu dengan ucapan daripada Lara di dalam rakaman tersebut.

Rata-rata netizen juga mengatakan video ucapan daripada Lara turut membuatkan mereka sebak. Ruangan komen di Instagram Awal tidak putus dihujani ucapan selamat hari lahir daripada para peminat dan pengikut media sosialnya.

 

Tahniah sekali lagi buat pasngan ini setelah agak lama menunggu kehadiran anak kedua akhirnya hasrat mereka bakal termakbul. Ianya juga pasti menjadi hadiah hari lahir yang paling bermakna buat Awal.

Seronok betul tengok reaksi Lara yang betul-betul gembira dan teruja dengan berita kehamilan ibunya. Tak sabar nak tengok gaaya Lara jadi kakak.

Sumber: Instagram awalashaari

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.