Hiburan

“Lajunya menumb0k, tkut je lesung batu pecah” – Netizen

Sudah lama rasanya tidak mendengar berita terkini mengenai pelakon Izreen Azminda. Suatu ketika dahulu nama Izreen Azminda atau nama sebenar beliau Izreen Azminda Aznam pernah menggegarkan industri hiburan dek kerana kontr0versi berkenaan kisah rumahtangganya. Kisah kontr0versi yang kian memuncak membuatkan namanya sebagai pelakon yang berbakat semakin tenggelam dan malap. Bukan sedikit kec4man yg diterima pelakon ini suatu masa dulu susulan dirinya yang dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga suaminya dan bekas isteri yang bernama Intan ketika itu.

Pelbagai tomahan yang Izreen terpaksa hadapi. Disebabkan itulah beliau mengambil tindakan menutup ruangan komen instagramnya. Kec4man yang diterima berpunca daripada perkahwinannya bersama Muhammad Radzi Abdul Wahid yang dibuat secara tertutup dan dirahsiakan atas permintaan suaminya sendiri.

Perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan nama Ude Wahid itu menjadi lebih hangat apabila Ude kemudiannya bertindak untuk mencraikan Intan dan memilih untuk terus bersama Izreen. Izreen yang seringkali menjadi mngsa fitn4h ini sudah lali dengan apa jua tomahan yang diterimanya.

Beliau kini lebih bersikap terbuka dalam mengendalikan kec4man dan tidak mahu lagi mengambil pusing dengan apa sahaja kec4man yang diterima. Izreen lebih selesa mengambil pendirian untuk berdiam diri. Baginya lama kelamaan isu tersebut akan berlalu dan dilupakan.

Episod duka mengenai kisah peribadinya itu telahpun lama berlalu dan perkawinan Izreen bersama Ude juga sudahpun memasuki usia tiga  tahun dan mereka berdua juga telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi.

Izreen kini kembali membuka ruangan komen di intagram miliknya baru-baru ini, beliau berkata dirinya tidak mahu lagi terlalu memikirkan tomahan masyarakat dan segala komen negative yang bakal beliau terima diruangan komen itu akan padamkan sahaja.

Beliau berkata, ruangan komen di Instagram itu dibuka untuk membantu para peniaga kecil mengiklankan produk mereka menerusi Instagram miliknya. Sejak membuka kembali ruang komen di intagramnya, beliau bersyukur kerana masih lagi mempunyai peminat yang betul-betul memahami dan menyokong kerjaya seninya. Kec4man yang diterimanya kini sudah berkurangan dan tidak seperti dahulu.

Izreen berkongsi video terkini suaminya menolong beliau didapur untuk memasak. Namun aksi Ude yang menumbok menggunakan lesung batu begitu laju pula menjadi tumpuan.

Para netizen seakan risau lesung batu itu mungkin akan pecah dek dikerjakan oleh si suami. Netizen sempat juga mengusik sekiranya digunakan berkali-kali dikhuatiri akan berlubang ataupun pecah lesung tersebut. Memang semangat betul Ude penumbuk. Lepas geram barangkali ya.  Mesti lumat betul apa yang ditumbuk tu.

Netizen juga berkongsi pengalaman memasak para suami masing-masing. Sudah menjadi kebiasaan bagi para suami sekiranya memasak memang begitulah sifat mereka. Berbeza dengan k4um hawa yang lebih lemah lembut di dapur. Ada juga yg berkongsi cerita dimana para suami sekiranya masuk dapur gaya mereka hebat mengalahkan chef. Tetapi selepas itu pasti berterabur dibuatnya. Dan si isteri terpaksa kemas semula.

Jarang-jarang para suami masuk ke dapur tapi kalau dah mula memasak tu memang sedap juga air tangan para suami ni. Kelihatan Izreen pun semakin gembira dan bahagia dengan hidup yang dilaluinya sekarang. Bak kata pep4tah selepas hujan pasti akan hadir pelangi.

Sumber : Instagram izreen.azminda

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.