Hiburan

“Kpd Fizo dan Sakinah, benda blh setle buat apa eg0, Anju minta maaf” – Zarina Anjoulie

Kita sebagai manusia tidak lari dari kesilapan. Selalunya kesilapan yang kita lakukan adalah kerana terlalu mengikut emosi diri. Apabila kita tidak dapat mengawal emosi, maka kita akan terbuat sesuatu yang mungkin akan menyakiti hati orang lain dan kadang kala sehingga melangkaui batasan. Namun, kita sebagai manusia juga harus sedari akan kesilapan kita dan harus turunkan eg0 untuk meminta maaf jika telah mengguris hati sesiapa.

Baru-baru ini, telah kecoh satu isu mengenai isu bantuan khusus diberikan oleh kerajaan kepada selebriti. Namun, ada artis yang tidak bersetuju akan bantuan tersebut kerana mereka berpendapat ada manusia lain yang tidak bernasib baik lebih layak menerima bantuan itu. Antara artis tersebut adalah Zarina Anjoulie yang merasakan tindakan segelintir artis yang meminta bantuan khusus tersebut adalah sangat tidak munasabah.

Dalam kisah isu bantuan dalam kalangan artis tersebut, Sharifah Sakinah dan Fizo Omar juga tidak terlepas dari terasa bahang kemelut isu bantuan tersebut. Secara ringkasnya, Fizo Omar tercalar imejnya kerana memberi komen berbaur sindiran terhadap tindakan Zarina Anjoulie yang tidak bersetuju akan bantuan khusus diberikan kepada artis. Manakala Sharifah Sakinah pula dikcam netizen kerana mengatakan Zarina Anjoulie hanya punyai motif tersendiri dan mengambil kesempatan atas kuasa netizen.

Namun, Sharifah Sakinah telahpun meminta maaf akan kesalahfahaman beliau terhadap niat sebenar Zarina Anjoulie. Memandangkan Sharifah Sakinah sudah meminta maaf akan kesilapannya pada Zarina, Zarina juga mengambil kesempatan ini untuk cuba berdamai dengan bermaafan kepada Sharifah Sakinah dan Fizo Omar.

“Dia(Sakinah) telah dm Anju semalam dan berkata minta maaf tetapi ramai lagi yang mengecam dia. Ikhlas ke tak ikhlas itu antara dia dan Tuhan. Yang penting, dia sudah minta maaf dengan Anju” kata Zarina Anjoulie dalam video kongsian beliau itu dan memohon maaf juga kepada rakannya itu.

Beliau juga memohon maaf kepada Fizo Omar atas tindakannya yang mengecam artis tersebut dan beliau mengatakan beliau terlalu mengikut perasaan ketika itu.

Ramai netizen yang memuji sikap Zarina Anjoulie yang menurunkan eg0 beliau dan meminta maaf kepada kedua-dua artis terbabit. Ada juga yang menyarankan agar Anjoulie lebih fokus tentang hal lain dari hal remeh seperti ini.

Artis juga manusia biasa seperti kita dan harus sedari kesilapan masing-masing dan munasabah diri. Yang paling penting, kata maaf dari kedua pihak juga sangat penting bagi merapatkan kembali hubungan silaturahim antara satu sama lain.

sumber : ig anjoulielavocah1

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.