Ramai psangan muda yang melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan kerana mengimpikan majlis perkahwinan yang mewah. Kebanyakkan psangan muda ini tidak mampu untuk melihat gambaran sebenar setelah memasuki alam perkahwinan. Mereka merasa tidak selesa untuk berkongsi perihal kewangan sebelum memberikan komitmen jangka panjang buat psangan masing-masing kerana mahu mengelakkan pertengkaran sebelum menjelang hari bahagia.
Tambahan pula isu mengenai kewangan ialah suatu isu yang amat sensitif. Namun sekiranya masing-masing mengambil tanggungjawab untuk merancang kewangan bersama sudah pastilah matlamat untuk mencapai kestabilan kewangan bersama mampu dicapai.
Kedudukan kewangan memainkan peranan penting sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Masing-masing perlu menguruskan kewangan dengan betul supaya pas4ngan tidak dibebani hutang pada masa akan datang. Masing-masing perlulah jujur diantara satu sama lain supaya perancangan kewangan keluarga dapat di susunatur dengan sebaiknya.
Buat pas4ngan yang telah bernikah pastinya mereka akan membuat keputusan untuk membeli rumah pertama sebagai asset, oleh itu penyata kewangan sangat penting supaya pinjaman dapat diluluskan dengan mudah. Oleh sebab itulah kita perlu jujur untuk mengelakkan rasa syak wasangka psangan agar tidak menjadi perbalahan dimasa akan datang.
Berbohong soal kewangan dengan psangan itu sangat bah4ya kerana boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar seperti pertelingkahan dan percraian.
Menerusi satu perkongsian di twitter, seorang wanita mendedahkan bakal suaminya tidak jujur mengenai kedudukan kewangan sebelum mereka berkahwin. Apabila wanita tersebut cuba bertanya, dia dikatakan sebagai mata duitan namun setelah mereka berkahwin, situasi sebenar kedudukan kewangan suami terbongkar apabila mereka berdua memohon untuk membuat pinjaman perumahan.
Terkejut dengan hutang yang dimiliki oleh suami, wanita tersebut merasa tertipu kerana suaminya sebelum ini memaklumkan bahawa majlis perkahwinan mereka adalah hasil titikpeluh suami mengumpul wang walhal sebenarnya wang tersebut adalah wang pinjaman peribadi daripada bank.
kesiannya. kadang kita bertanya bukan sebab nak jadi mata duitan. tapi sebab nak elakkan benda ni berlaku la https://t.co/TTGErfdjlP
— 𝐍𝐚𝐝𝐝𝐲 🌻 (@amyranadyaa) May 20, 2020
Rata-rata warga twitter bersetuju dengan tindakan wanita itu yang bertanyakan mengenai kedudukan kewangan pas4ngan sebelum mereka berkahwin dan menepis dakwaan bakal suaminya yang mengatakan pertanyaan tersebut bersifat mata duitan.
Sebenarnya, banyak kriteria yang boleh dilihat sebelum berkahwin untuk menilai kestabilan kewangan psangan contohnya seperti amalan berbelanja. Lebih baik sekiranya mencari pas4ngan yang pandai menguruskan kewangan dan elakkan lelaki yang suka berhutang.
Kerana itulah, pelbagai aspek perlu dititik beratkan sebelum berkahwin supaya tiada pertelingkahan yang besar bakal terjadi dimasa akan datang. Elakkanlah berhutang untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata pas4ngan muda yg merancang untuk berkahwin. Keindahan alam percintaan tidak sama dengan realiti apabila sudah berumah tangga, setelah berumahtangga tanggungjawab perlu dipikul bersama supaya rumahtangga lebih harmoni.
Sumber : twitter amyranadyaa
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.