Hubungan mesra bersama adik-beradik sudah tentu menguatkan ikatan kekeluargaan walaupun masing-masing mempunyai perangai yang berbeza. Lebih ceria lagi apabila gurauan manja antara adik-beradik membuatkan satu rumah cukup riuh dengan gelak tawa mereka. Namun, ada kalanya perselisihan faham atau gaduh kecil sesama beradik pasti akan terjadi tapi jarang berlarutan. 30 minit selepas itu, mesti dah berbaik. Begitulah perumpamaan ada berkata, air yang dicincang tidak akan putus.
Seperti pelakon Nabila Razali, hubungannya bersama adik-beradik dilihat cukup rapat walaupun masing-masing sudah meningkat dewasa. Buktinya, Nabila sendiri memuatnaik video di instagram menunjukkan hubungan mesranya bersama kakak kandungnya pada hari raya.
Apabila melihat laman instagram Nabila, penyanyi dan pelakon ini jarang sekali berkongsi video atau fotonya bersama ahli keluarga namun baru-baru ini, dia telah berkongsi video lucu ‘dibuuli’ oleh kakaknya sendiri.
Video lucu itu menunjukkan gurauan manja antara Nabila dan kakak kesayangannya menjadi perhatian peminat-peminat lebih-lebih apabila part kepala Nabila ditolak oleh kakaknya ketika bersalaman hari raya. Namun ia sekadar gurauan adik-beradik dan tidak melibatkan sebarang emosi. Mereka pun kelihatan begitu ceria antara satu sama lain tau…
Sementara itu, video yang dikongsi Nabila di Instagram telah ditonton sehingga 188,000 tontonan. Pelbagai reaksi yang diberi oleh netizen menerusi ruangan komen.
Rata-ratanya terhibur dengan sikap ‘gila-gila” Nabila bersama kakaknya. Kelakar tengok reaksi Nabila dapat duit raya….
“Adik beradik minta maaf memang macam tu gayanya”- Netizen
“Hahahaha aduh skit kepala”- Netizen
“Kesiannya kena t0lak kepala demi duit hahaha”- Netizen
Comel part Nabila Razali dapat duit raya. Dah besar pun masih dapat duit raya, untunglah Nabila…. Tahun depan turn Nabila bagi duit raya dekat peminat eh.
Sumber: instagram Nabila_razali
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.