Kemelut yang melanda rumahtangga usahawan kosmetik berjaya iaitu Dato’ Aliff Syukri, akhirnya terungkai apabila beliau membuat keputusan untuk berbaik semula dengan isteri demi anak-anak. Beliau memaklumkan mengenai hal tersebut kelmarin menerusi laman instagramnya. Kata beliau lagi, selama 4 bulan beliau berjauhan daripada keluarga telah banyak mematangkan diri dan mengajar beliau supaya lebih menghargai keluarga.
Dato’ Aliff berkata hidupnya terasa sangat kosong tanpa kehadiran keluarga dan anak-anak. Justeru itu beliau nekad untuk mengenepikan ego dan kembali kepangkuan keluarga.
Mengambil keberkatan dibulan Ramadhan yang mulia, Dato’ Aliff memohon supaya orang ramai mendoakan kebahagiaan buat beliau dan keluarganya. Beliau juga berharap agar hubungan yang telah pulih ini berkekalan sampai bila-bila.
Tegas Dato’ Aliff lagi, apa yang telah berlaku merupakan asam garam dalam kehidupan berumahtangga dan bukanlah gimik yang sengaja direka bagi mencari publisiti.
Berkongsi video terbaru di laman youtube miliknya iaitu TV terlajak laris, Dato’ Aliff memanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana dapat berbuka bersama keluarga buat kali pertama. Jelas terpancar kegembiraan diwajah Dato’ Aliff apabila bersua muka dengan Datin Shahida.
Semasa berbuka puasa, Datin Shahida sempat mengusik Dato’ Aliff yang sudah lama tidak memuatnaik video terbaru di laman youtube. Usikan manja Datin Shahida dijawab oleh Dato’ Aliff bahawasanya beliau tiada mood untuk membuat video namun kini situasi tersebut sudah pun berubah.
Perkhabaran mengenai hubungan pas4ngan ini yang telahpun kembali pulih disambut baik oleh para pengikut mereka. Buat para peminat yang tidak jemu mendoakan pas4ngan ini supaya bersatu kembali, pastinya berita yang tersebar ini merupakan berita paling gembira buat mereka.
Netizen juga sudah rindu untuk melihat pas4ngan ini muncul bersama seperti sebelum ini. Berikut dikongsikan maklumbalas daripada netizen:
Kemeriahan yang ditonjolkan di dalam video berkenaan ternyata menggambarkan betapa gembiranya Dato’ Aliff disamping keluarga tersayang. Begitu banyak kasih sayang yang wujud diantara mereka sekeluarga. Anak-anak pun gembira dapat berkumpul bersama. Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Syabas Dato’ Aliff kerana mengambil langkah yang tepat untuk menyelamatkan keluarga.
Sumber : Youtube TV Terlajak Laris
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.