Fathia Latiff atau nama sebenar beliau Nur Fathia Binti Abdul Latiff merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Bakat beliau mula berkembang setelah memegang watak sebagai Nabila menerusi drama bersiri Nur Kasih yang menyaksikan gandingan pelakon utamanya Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Sejak daripada itu, anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak lagi menoleh kebelakang dan beliau mula mengukir nama dalam industri seni menerusi pelbagai drama antaranya ialah Ariana Rose, Dia..Isteri Luar Biasa dan juga Rumi & Jawi.
Namun begitu, rentetan beberapa kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini, beliau sudah lama menyepi daripada dunia lakonan kerana kurang menerima tawaran berlakon sejak beberapa tahun yang lalu.
Menyoroti perkembangan terkini diri beliau, sejak bulan Ramadhan yang lalu Fathia dilihat sudahpun kembali memakai tudung. Tindakan beliau itu sedikit sebanyak membuatkan orang ramai kembali mempersoalkan mengenai pendirian beliau terhadap tuntutan agama buat wanita beragama islam tersebut.
Namun, memandang sudut positif isu berkenaan, Fathia mengatakan dirinya bersedia dengan apa jua reaksi peminat dan akur sekiranya orang ramai menganggap dirinya cuba mempermainkan agama.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di Instagram peribadi beliau, kelihatan beliau telahpun membuang kesemua gambar-gambar sebelum ini tanpa memakai tudung. Kata Fathia lagi, beliau akan belajar menerima teguran demi kebaikan dirinya.
Menurut laporan harian metro, keluarga terutama ibu yang banyak membantu dan menasihati beliau untuk memakai tudung setelah lebih setahun menanggalkannya. Menurut Fathia juga, ibunya mahu beliau bertekad dan mempunyai pendirian yang tetap dalam kehidupan. Mengakui tidak mempunyai teman rapat dalam kalangan artis, Rozita Che Wan (Che Ta) adalah individu yang banyak memberikan sokongan moral terhadap beliau.
Rata-rata netizen juga turut memberikan kata-kata semangat di ruangan komen Instagram beliau. Mereka memuji penampilan terkini Fathia yang kelihatan lebih sopan dan cantik bertudung.
Ternyata hikmah yang diperolehi semasa meluangkan masa bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengubah kembali haluan kehidupan beliau.
Sama-samalah kita doakan supaya Fathia agar terus istiqamah dalam pendirian beliau dan teruskan dengan memakai tudung dan penampilan yang sopan kali ini bukan hanya sementara tetapi biarlah sehingga ke akhir hayatnya.
Sumber : Harian metro dan Instagram fatiyalatiff
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.