Dalam dunia pekerjaan, sebagai seorang pekerja, pasti yang paling diimpikan dalam suasana kerja adalah mempunyai rakan sekerja yang boleh bekerjasama dan majikan yang baik dan bagus. Apabila menyebut tentang perihal majikan, pekerja selalu melabelkan majikan sebagai seorang individu yang tegas. Namun, sifat majikan itu adalah bergantung pada majikan itu sendiri yang mampu atau tidak membangunkan anak-anak buahnya melalui empayarnya.
Majikan yang bagus dan berkualiti adalah majikan yang disayangi dan dipuji oleh anak-anak buahnya. Majikan seperti ini akan juga mendapat anak buah yang setia dan akan mahu memberi kerjasama menjayakan empayar majikannya. Pereka fesyen tersohor negara, Dato’ Rizalman Ibrahim sudah bertahun membina namanya dalam industri seni reka fesyen dan beliau sedari tanpa anak-anak buah beliau, beliau tidak dapat membina empayarnya yang sekarang.
Dato’ Rizalman sering dilihat sebagai seorang majikan yang garang dan tegas. Namun, pekerja yang pernah berkerja dibawah syarikatnya sahaja yang ketahui sifat sebenar Dato’ Rizalman. Terdapat sebuah penulisan mengenai sifat Dato’ Rizalman Ibrahim oleh bekas pekerjanya dan dikongsikan oleh Dato’ sendiri dalam laman instagramnya.
Menurut bekas anak buahnya itu, Dato’ Rizalman bekerja hampir setiap hari menguruskan semua projek, acara-acara majlis perkahwinan, hal-hal fesyen dan termasuklah menguruskan kedai perabotnya dan pekerja hanya membantunya melaksanakan segalanya.
Bukan itu sahaja, beliau juga dikatakan mampu mengingati pelbagai perkara penting setiap hari dan mengharapkan pekerjanya dapat mengingati perkara-perkara penting sepertinya. Dan jika pekerjanya terlupa, beliau akan menegur dan memesan kepada pekerjanya untuk perbanyakkan memakan biji kismis untuk menguatkan ingatan.
Bekas pekerja itu tersebut menambah bahawa Datuk Rizalman sangat garang di mana beliau lebih garang dari guru disiplin Dan apabila dato’ Rizalman membuat sesuatu kenyataan itu, kenyataan itu diibaratkan sindiran yang tidak berbaur kecaman. Namun selalunya kenyataan yang dibuat oleh Datuk Rizalman selalunya kelakar walaupun kadang kala agak kasar didengari.
Terdapat netizen yang mengagumi penulisan bekas pekerja mengenai Dato’ Rizalman dan ada juga yang mengatakan alangkah bagus jika semua majikan punyai sifat Dato’ Rizalman yang sangat membina dan membangunkan anak-anak buahnya.
Menjadi seorang majikan yang baik bukannya senang. Kerana tidak semua orang akan berpuas hati dengan cara layanan seseorang majikan itu. Namun, majikan haruslah mencontohi Dato’ Rizalman yang mahu menaikkan sekali orang bawahnya ke arah kejayaan mereka.
Sumber : ig rizalman71
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.