Nama Ramona Zamzam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Binti Mohd Zamzam merupakan seorang pelakon dan model. Beliau pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010 bersama Neelofa, Anzalna dan Syatilla Melvin dan memenangi tempat kelima dalam pertandingan tersebut. Beliau yang dilahirkan pada 25 Jun 1990 ini mempunyai drah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand. Anak sulung daripada dua beradik ini menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di Kolej Segi. Memilih jejaka berketurunan Palestin sebagai pas4ngan hidup, Ramona kini mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan tersebut yang kini berusia 2 tahun.
Selepas mendirikan rumah tangga, Ramona membuat keputusan untuk berehat kerana ingin memberi focus terhadap anak sulungnya Ivanna Alashkar yang masih kecil dan memerluukan perhatian. Melihatkan anak sulung itu yang kian membesar Ramona merasakan sudah tiba masanya untuk beliau kembali aktif dalam dunia lakonan. Umpama orang mengantuk yang di sorongkan bantal, tawaran yang diterima Ramona tidak putus-putus membuatkan Ramona berasa sangat bersyukur.
Ramona yang pernah bekerjasama bersama Sepahtu sebelum ini didalam sebuah telemovie, baru-baru ini telah diundang menjadi tetamu jemputan didalam program Sepahtu Live Reunion. Bermula dari situ, para peminat telah melihat suatu sisi baru pada diri beliau yang begitu mudah terhibur dan sentiasa ketawa. Semasa muncul dalam program Sepahtu Live Reunion tersebut, Ramona seakan tidak berhenti ketawa dari awal sehingga akhir program menyebabkan para peminat turut terhibur disebabkan gelak tawanya yang tidak surut dan membantu memeriahkan suasana.
Situasi yang sama juga berlaku ketika Ramona diundang menjadi juri jemputan program I Can See Your Voice Malaysia. Apa sahaja yang kelihatan melucukan pasti Ramona akan ketawa tanpa henti. Selebriti yang turut menjadi juri jemputan ketika program itu juga ialah Zizan Razak yang pastinya tidak lekang dengan aksi spontan dan kelakarnya. Apa lagi, memang riuh la jadinya gandingan mereka berdua.
Muatnaik terkini Ramona di laman instagramnya apabila beliau memperagakan baju untuk sebuah jenama. Namun, aksi beliau yang tidak tahan untuk ketawa sekali lagi mencuri tumpuan netizen dan selebriti. Salah seorang yang memberikan komen ialah Zizan Razak.
Biasalah Zizan, kalau tak menyakat orang memang bukan Zizan namanya. Zizan mngalkan komen di laman instagramnya yang berbunyi “Kalau dia start gelak biasanya lepas PKP baru berhenti”. Hahahaha kesian Ramona.
Rata-rata netizen menyenangi sikap mudah terhibur Ramona itu dan ianya mendapat respon positif peminat. Malahan ada segelintir peminat yang tidak mengenali Ramona sebelum ini mula menjadi peminat beliau dek kerana sikap suka ketawa dan mudah terhibur itu. Gelak tawanya seakan berjangkit kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Bagus lah tu. Sekurang-kurangnya Ramona dikenali kerana sesuatu yang positif dan pastinya itu yang para peminat mahukan daripada artis kesayangan mereka.
Selepas ini, mana-mana rancangan atau program yang menjemput Ramona pasti akan lebih meriah kerana asyik mendengar gelak tawa Ramona.
Sumber : Instagram ramonazamzam
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.