Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak menolak kemungkinan untuk bersatu kembali dengan bekas suaminya Aliff Aziz setelah desas desus mengenai hubungan mereka berdua hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Persoalan mengenai status mereka berdua mula timbul selepas Bella seakan memberikan bayangan bahawa dirinya telah rujuk semula bersama bekas suaminya itu jika itu yang terbaik buat anak tunggal mereka Mohamad Ayden Adrean. Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah binti Awang Astillah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dari Singapura Aliff Aziz pada tahun 2016.
Rumahtangga pelakon ini bagaimanapun mula goyah tidak lama kemudian kerana sikap Aliff Aziz yang sering berlaku cur4ng dan terlibat dengan pelbagai kontroversi. Bella kemudiannya membuat keputusan untuk bercrai tahun lalu setelah tidak tahan dengan sikap suaminya itu.
Mengakui tidak mudah untuk menerima orang lain dalam kehidupannya, Bella mengatakan dirinya sudah berbaik dengan Aliff demi kepentingan anak. Ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan dengan Aliff, Bella hanya memberikan jawapan ringkas mengatakan bahawa beliau perlu menghormati permintaan keluarga.
Sebelum ini Bella pernah berkongsi mengenai perihal rumahtangganya namun dek kerana mendapat pelbagai kritikan daripada netizen, kini Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai kehidupan peribadinya. Bella berkata dirinya banyak belajar daripada kesilapan lalu.
Walaubagaimanapun baru-baru ini telah heboh mengenai berita kehamilan beliau di media sosial. Muatnaik terkini wajahnya dimedia sosial juga menunjukkan sedikit perubahan dimana dirinya kelihatan agak berisi.
Menjawab beberapa soalan netizen di laman instagramnya yang bertanya mengenai perkahwinannya dengan Aliff, Bella mendedahkan dirinya telah kembali rujuk bersama Aliff semasa masih dalam tempoh iddah dan tidak perlu untuk berkawin semula.
Instagram Bella juga dihujani ucapan tahniah daripada para peminat diatas kehamilan beliau kali kedua itu. Bella meluahkan rasa bersyukur dan meminta para peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Terdapat juga netizen yang meluahkan rasa tidak senang dengan keputusan yang diambil Bella itu. Mereka khuatir pisang akan berbuah dua kali dan Bella kembali dikecewakan. Namun Bella dengan tenang menjawab apa yang berlaku sudahpun ditentukan oleh Allah dan beliau hanya mampu bertawakal dan berserah kepada takdir.
Namun begitu rata-rata netizen mengucapkan tahniah diatas perkahwinan dan kehamilan Bella Astillah kali kedua itu. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen :
Bella megandung anak yg kedua ni nampak lain lah berseri2 , apa pun tahniah Bella jaga kesihatan , jaga diri stay safe
Bella,alhamdulillah,happy for you ,In sha Allah,semua akan baik2 saja .take care tau.Ramadhan Kareem
X kesah la wajah bella berisi ke atau ape pun…n tahniah juga untuk bella…semuanya Allah dah aturkan..semoga bella n aliff kekal bahagia selamanye..amiinn..
Na’kan. doa ku termakmul juga untuk mu bella.semoga kekal ke jana Aamiin.dan semua yg mendoa kan mu bersatu kembali.
Alhamdulillah, congrats bella take a good care to both of you, jaga kandungan baik2. I’m happy for you, selamat berpuasa utk bella dan family.
Keputusan yang diambil oleh Bella ini mungkin adalah yang terbaik buat dirinya dan juga anaknya Ayden. Marilah kita bersama menghormati keputusan beliau dan mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan beliau sekeluarga.
Sumber : Instagram bella astillah
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.