Hiburan

“Jiran tak marah ke 2.30 pagi buat k0nsert” – Netizen

Seperti yang semua sudah sedia maklum, arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk tidak keluar rumah sebagai langkah berjaga-jaga telah buat semua orang tidak senang duduk. Apa tidaknya terpaksa duduk sahaja di rumah selama hampir sebulan, membuat orang ramai termasuk artis sendiri menunjukkan gelagat-galagat lucu mereka di laman sosial sebagai satu-satunya platform untuk berhubung dengan orang luar.

Kalau sebut sahaja tagline “kintang-kintung” ini pasti ramai yang sudah tahu empunya badan kepada tagline tersebut. Nama penuh Mohd Nasir bin Hamzah dan dikenali sebagai Achey ini telah memperkenalkan taglinenya itu ketika dia telah menyertai satu pertandingan realiti lawak iaitu Bintang Mencari Bintang. Menjadi juara kepada pertandingan tersebut yang merupakan terbitan musim pertama di TV3 telah menaikkan namanya bersama dua orang lagi sahabatnya Fad dan arw4h Abam iaitu kumpulan Bocey.

Kehebatan tagline dari Achey ini telah membuat dia berjaya mempunyai acara sendiri yang dikenali sebagai program Kintang-Kintung anjuran TV3. Bukan sahaja pandai melawak, dia juga mempunyai suara merdu sebagai penyanyi serta bakat lakonan yang hebat.

Hasil perkahwinan dengan Nur Hassannah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne ini telah dikurniakan seorang puteri comel yang bernama Nur Tiara Zinnirah. Kalau lihat dari luaran atau gambar sahaja pasti ramai yang tidak menyangka bahawa isteri Achey ini mempunyai perangai yang sempoi sama seperti suaminya itu. Video dari siaran langsung di Instagram Achey yang dibuat pada tengah malam semalam yang membuat para netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Pkul 2.30 pagi buat konsert di siaran langsung pun ramai yang layan lagi. Para peminat dan netizen masing-masing terhibur dengan gelagat isteri yang setia melayan gelagat suami buat konsert tengah malam.

“Husband and wife masuk air” – Netizen

Apa pula agaknya lepas ni Achey dan isteri nak buat tengah-tengah malam nanti yaa dalam tempoh duduk di rumah sahaja ni. Buat hal tengah-tengah malam pun takpe janji tetap berada di rumah seperti yang diarahkan yaa.

Sumber: Instagram Achey

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.