Hiburan

“Jgn sebab usia, nanti tak bahagia, pilihan kena tepat” – Zara Zya

Langit tidak selalunya cerah, itulah yang boleh dikatakan mengenai suratan takdir hubungan diantara pelakon Nazim Othman dan bekas isterinya sebelum ini iaitu Bella Dally. Psangan sama cantik dan sama padan itu telahpun mengakhiri hubungan mereka sebagai suami isteri bulan Mei 2018. Nazim yang pernah mendirikan rumahtangga bersama Bella Dally pada tahun 2016 kini hampir 2 tahun menyendiri.

Bekas pramugara ini mula menceburi bidang lakonan setelah mngalkan kerjayanya di awan biru pada tahun 2008. Tahun ini pelakon Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman bakal menginjak ke usia 36 tahun. Melihatkan Bella juga sudahpun bahagia dengan psangannya, sudah pasti beliau turut mempunyai keinginan untuk memulakan kehidupan baru.

Memandangkan tahun ini sambutan hari raya diraikan dalam keadaan negara sedang menghadapi wabak Covid19, orang ramai dinasihatkan supaya meraikan syawal bersama keluarga dirumah sahaja. Buat golongan bujang yang tinggal sendirian pastinya keadaan ini mengundang rasa sunyi dan mengimpikan untuk mempunyai keluarga di sisi.

Berkongsi rasa dengan para pengikutnya di media sosial, Nazim meluahkan perasaan supaya dipertemukan jodoh yang baik buat dirinya dan berharap supaya doa beliau untuk memiliki keluarga dipercepatkan serta dimakbulkan oleh Allah.

Berinteraksi bersama para pengikutnya di media sosial, Nazim juga mengakui kesilapan beliau ketika bersama Bella sebelum ini dan redha dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupannya. Beliau telahpun mengambil iktibar daripada kekhilafannya dahulu.

View this post on Instagram

Jodoh siapa lah agaknya ek?

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Tertarik dengan luahan rasa Nazim itu, sahabatnya Zara Zya telah mngalkan komen diruangan komen instagramnya. Zara Zya menasihati sahabatnya itu supaya berfikir secara mendalam untuk menentukan soal jodoh.  Jangan disebabkan faktor usia lalu membuat keputusan secara terburu-buru.

Para netizen yang memahami keadaan beliau itu mencadangkan agar Nazim membuat solat istikharah meminta petunjuk dari Allah. Mereka juga mendoakan agar urusan Nazim dipermudahkan dan mendapat jodoh yang kekal.

Setelah hampir 2 tahun sejak rumahtangganya berakhir tidak lama dahulu pastinya Nazim kini sudahpun bersedia untuk mencari pengganti.  Mudah-mudahan Nazim diberikan petunjuk dan dijodohkan dengan orang yang baik-baik serta boleh menerima Nazim seadanya. Amin.

Sumber : Instagram nazimothman

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.