Hiburan

“Jgn nak suka buuli orang, nanti terkahwin kang..” – Netizen

Sejak akhir-akhir ini nama Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly sering di gosipkan bersama. Watak Wan Sharmila sebagai Sofi dan juga Syazwan sebagai Helmi di dalam drama 7 Hari Mencintaiku cukup serasi dan sepadan sehingga membuatkan para peminat mahukan mereka berdua benar-benar menjalin hubungan di dunia realiti. Menerusi temubual bersama sebuah stesen radio baru-baru ini Syazwan juga tidak segan silu untuk turut mengaminkan doa para peminat sekiranya mereka berdua berjodohan.

Tidak terhenti di situ, Wan Sharmila dan juga Syazwan kini dilihat kerap berbalas komen di Instagram. Setiap kali Wan Sharmila memuatnaik entri terkini di Instagram, Syazwan pasti tidak terlepas untuk mngalkan komen di entrinya.

Muncul bergandingan untuk drama baru berjudul Kala Malam bagi tayangan di saluran Astro Citra, mereka berdua masing-masing membawakan watak sebagai Khaled dan Siti.

Memuatnaik video rakaman mereka berdua di set penggambaran drama tersebut, Syazwan dilihat mengusik Wan Sharmila ketika mereka berdua cuba untuk menghayati watak untuk melakonkan babak sedih.

Wan Sharmila tidak mampu untuk mengambil mood sedih kerana gelagat Syazwan yang tidak fokus dan kerap mentertawakan dirinya. Kasihan Lala kena buuli dengan Syazwan.

Rata-rata netizen begitu teruja melihat mereka berdua saling bergurau senda dan mengusik. Netizen sememangnya mendoakan agar hubungan yang bermula sebagai pasngan suami isteri di dalam drama itu menjadi kenyataan di dunia realiti suatu hari nanti pula.

Pasngan ini memang sangat sesuai bersama. Jarak usia 6 tahun tidak menjadi masalah kalau sudah suka sama suka. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Mudah-mudahan doa para peminat semua termakbul untuk melihat mereka berdua bersatu. Sama-sama doakan.

Sumber: Instagram syazwanzulkifly

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.