Hiburan

“Jgn kongsikan resepi rahsia saya, kemungkinan perniagaan Chef akan maju” – Dato AC

Dato’ Ac Mizal atau nama sebenarnya Dato’ Mizal Bin Dato’ Zaini dilahirkan pada 21 Disember 1971. Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara. Beliau yang terkenal sebagai Inspektor Mazlan di dalam drama bersiri Gerak Khas suatu masa dulu kini aktif mengacarakan beberapa program hiburan di saluran Astro iaitu Maharaja Lawak Mega, Betul ke Bohong dan Akademi Fantasia. Dato’ Ac Mizal juga pernah menubuhkan sebuah kumpulan muzik sekitar tahun 1992 diberi nama 4U2C. Kumpulan yang membawa genre rap itu pernah mendapat publisiti yang begitu meluas kerana menjadi di antara pelopor terawal genre itu di Malaysia.

Dato’ AC membuat penubuhan semula kumpulan 4U2C melalui sebuah projek khas sebuah lagu raya bersama pelawak-pelawak seperti Fad, Abam, Achey, Ajak, Shu1b dan Rahim yang dikenali sebagai ForUtoC. Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’ kepada beliau sekitar penghujung tahun 2009 di atas sumbangannya dalam industri hiburan tanah air.

Sejak menjadi pengacara program Maharaja Lawak, aksi beliau yang sering muncul di akhir sketsa kumpulan yang bertanding sering mencuit hati penonton. Respon beliau yang bersahaja dengan sketsa akhir peserta menambahkan lagi gelak tawa para penonton yang hadir menyaksikan pertandingan itu. Dato’ Ac juga sentiasa sporting dan bersikap terbuka dengan para peserta yang sering kali menjadikan beliau sebagai “bahan” lawak semasa diatas pentas.

Menerusi muatnaik terkini beliau di laman Instagram, Dato’ Ac kelihatan ingin berkongsi resepi yang dikatakan sangat sedap sehinggakan menjadi buah mulut para artis luar negara yang pernah mencuba masakan tersebut. Dengan gaya yang kelihatan amat professional ketika mula memperkenalkan bahan-bahan masakan, peminat mula berasa ragu-ragu apabila beliau memanggil isterinya semasa ingin memperkenalkan bahan rahsia.

Memang betul lah Dato’ Ac ni sangat pandai bergurau. Nama resepi bukan main gah lagi. Para tetamu yang pernah menikmati hidangannya pula bukan calang-calang orang walaupun bahan yang digunakan hanya spaghetti dan juga sebungkus cili kering. Rupa-rupanya tukang masak hidangan itu bukanlah dirinya sebaliknya Datin Emylia. Patutlah Dato’ beria memanggil isteri. Isteri yang tolong masakkan. Kalau begitu susah juga yaa resepi Dato’ ni. Hanya Dato’ sahaja yang mempunyai bahan rahsia tu.

Netizen bagaikan sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi semasa Dato’ memanggil isterinya. Tetapi kasihan sungguh kepada isterinya Datin Emylia. Muka Datin kelihatan terpinga-pinga kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tiba-tiba sahaja dirinya dipanggil oleh si suami disuruh masak.

“Aku agak dhhh… klu kata merapu meraban meme juara laaa Dato AC ni.spare geti sbungkuih cabai kering seguni”– Netizen

“Fuhhh sembang kencangg” – Netizen

“Haha, serius keras perut aku gelak dah MCM Org gila dah aku gelak haha..mula2 intro Pon dah lawak hahaha Pablo Escobar Pon Jadi m4ngsa jugak haha.. yg muka 2 confident habis hahahah aduhhhh Datok2 “– Netizen

Panjang betul jalan cerita Dato’ dalam video berkenaan, para peminat kelihatan tertunggu-tunggu dan sabar menyaksikan video tersebut kerana menantikan hasil masakan Dato’. Walaupun Dato’ tidak memasak, para peminat tetap terhibur kerana sudah pun menjangkakan hal itu. Tinggal harapan nampaknya kali ini. Hahaha mungkin lain kali yaa Dato’.

Sumber : Instagram emyliadac

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.