Pelbagai gelagat lucu artis-artis Malaysia yang dapat kita lihat di laman media sosial mereka setiap kali berkongsi video dan foto masing-masing. Nampaknya ramai sudah mula kebosanan duduk di rumah selepas hampir dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah memberi arahan kepada semua untuk duduk di rumah sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan memandangkan wab4k c0v1d masih aktif melanda seluruh dunia.
Apabila masing-masing artis Malaysia berada di rumah sepanjang masa, pelbagai aktiviti yang dikongsi oleh mereka menerusi laman media sosial. Tidak terkecuali, pelakon Que Haidar juga turut berkongsi aktivitinya bersama anak-anaknya.
Lebih melucukan, Que Haidar sempat berkongsi foto memakai sut pakaian seperti angkasawan hanya kerana semata-mata untuk pergi membeli barang-barang dapur di Giant Ampang Point . Amboi idea yang bernas bak kata netizen. Jangan sampai mendarat ke bulan yaa…
Gara-gara wab4k c0vid juga membuatkan Que tercetus idea ingin memakai sut ala-ala angkasawan. Kreatif idea Que.
Menerusi kapsyen Que yang ditulis pada fotonya itu, dia juga mendoakan kesejahteraan buat angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan sekeluarga.
Sementara itu, warga netizen dilihat terhibur dengan gelagat lucu Que. Rata-rata memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Ni macam pishang kebosanan ni hahahaha”- Netizen
Wah ni level apa ni, main space dah ni”- Netizen
Ada juga yang bertanyakan di mana Que mendapatkan pakaian ala-ala angkasawan tersebut untuk tidak melepaskan peluang membelinya nanti.
Bila semua nak selamat, time ni lah macam-macam idea kreatif keluar kan. Bijak idea Que pergi giant pakai baju angkasawan terus hehehe
Sumber: instagram The_Haidars
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.