Hiburan

“Ini kalau org France tengok, Org France pon boleh bual tamil” – Suami Nabila Huda

Dalam ketika masyarakat sedang mengikut perintah kerajaan untuk berada di rumah masing-masing dan menjaga kesihatan diri, ramai juga yang rajin untuk melakukan aktiviti dalam rumah termasuklah menghiasi rumah dengan dekorasi, memasak, membakar kek, membuat manisan, dan sebagainya. Ini kerana mereka ingin meluangkan masa yang banyak ketika dalam perintah berkurung ini bersama keluarga.

Begitu juga artis-artis tempatan kita yang juga tidak melepaskan peluang untuk punyai masa berkualiti bersama keluarga. Ada yang menunjukkan bakat masing-masing dalam masakan mereka dan ada juga yang berkongsi untuk mencuba benda baharu. Seperti pelakon berkaliber, Nabila Huda, beliau pernah mengatakan beliau lebih arif dalam memasak masakan ala kampung dan ingin mencuba untuk melakukan perkara baru seperti membuat manisan seperti biskut dan sebagainya.

Sepanjang tempoh berkurung ini, Nabila Huda sering berkongsi aktiviti beliau berada di rumah bersama keluarga. Baru-baru ini beliau berkongsi beliau mencuba untuk membuat sejenis roti bernama Croissant.

Dilihat didalam video tersebut, Nabila Huda meminta suaminya yang dikenali sebagai Bert dan anaknya untuk mencuba Croissant hasil tangan beliau. Namun, reaksi yang diberikan oleh Bert dan anak mereka sangat lucu dan menghiburkan.

“Ini kalau orang France tengok, orang France boleh bual Tamil” seloroh Bert selepas merasa Croissant Nabila Huda itu diikuti gelak tawa anaknya selepas mendengar komen ayahnya.

Ramai netizen terhibur dengan reaksi anak beranak ini dan berkata mereka sekeluarga sangat ‘sporting’ antara satu sama lain.

Ada juga yang berkongsi kisah mereka yang mencuba juga untuk membuat roti puri tetapi akhirnya menjadi papadom. Kongsian mereka itu membuatkan Nabila teringat akan ketika beliau mencuba untuk membuat ‘cookies’ tetapi tidak menjadi dan ‘cookies’nya menjadi bentuk tempeyek.

Tahniah juga kepada Nabila Huda kerana ada kerajinan untuk membuat Croissant tersebut walaupun tidak menjadi. Seperti orang kata, kegagalan itu adalah satu permulaan untuk ke arah kejayaan. Mungkin percubaan pertama tidak menjadi tetapi selepas ini mungkin percubaan kali kedua akan membuahkan hasil. Kita cuma harus berterusan berusaha sahaja jika hendak sesuatu yang dilakukan itu berhasil.

sumber :  ig kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *