Pelakon yang memulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ng3ri iaitu Fauzi Nawawi masih lagi bergiat aktif sebagai pelakon dan sering menghiasi drama-drama di saluran televisyen di Malaysia. Selain terkenal sebagai pelakon filem aksi, beliau juga kerap diberikan watak antag0nis sehinggakan watak sebegitu kelihatan begitu serasi dengan dirinya. Diantara drama popular lakonan beliau ialah Cemburu seorang perempuan dan juga Memoir Karmila.
Fauzi atau nama sebenar beliau Mohd Fauzi Bin Mohd Nawawi telahpun berkahwin dengan pelakon Lisdawati pada tahun 2007 dan dikurniakan lapan orang anak. Terdahulu Fauzi telahpun mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinan beliau sebelum ini.
Pelakon yang sering memenangi anugerah ini telahpun merangkul beberapa anugerah tertinggi iaitu Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama.
Menerusi Instagram beliau, Fauzi memuatnaik sekeping gambar berada di set lokasi penggambaran bersama pelakon Sherry Ibrahim. Beliau menulis caption di entri tersebut bahawa Sherry bukanlah Lisdawati.
Aapabila mengamati kembali gambar tersebut membuatkan para pengikut juga mengakui bahawa wajah isteri Fauzi iaitu pelakon Lisdawati dan juga Sherry Ibrahim hampir seiras dan sekali pandang boleh tersalah orang dibuatnya.
Jika Sherry dan Lisda digandingkan dalam satu drama, memang boleh keliru juga dibuatnya. Untuk Sherry dan Lisda, selepas ini watak kembar atau adik beradik pun sesuai tambahan keduanya pun memang pandai menghayati watak.
Sumber: Instagram fauzinawawi2020
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.