Dalam tempoh perintah kawalan berkurung ini, kebanyakan masyarakat agak resah kerana tidak dapat melakukan rutin harian seperti biasa. Terutama sekali untuk segelintir masyarakat yang sudah biasa berseronok diluar rumah, mereka akan lebih gelisah apabila tempoh perintah kawalan pergerakan(PKP) dilanjutkan dan tidak dapat untuk keluar rumah sesuka hati seperti hari biasa.
Seperti juga masyarakat lain, artis tempatan kita juga manusia yang punyai sifat bosan apabila apabila tidak dapat melakukan rutin harian di luar rumah. Begitu juga lah keluarga Aeril Zafrel yang menjadikan medium tiktok sebagai tempat hiburan mereka sekeluarga dan untuk tatapan warga netizen di laman instagramnya.
Aeril Zafrel semenjak tempoh PKP ini, beliau kelihatan sangat aktif dalam membuat video Tiktoknya yang ditunjukkan di instagram beliau. Isteri beliau, Wawa Zainal, juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara yang sama untuk hiburkan peminat beliau.
Kelihatan di video berkenaan, Wawa Zainal sedang mencuba untuk membuat aksi Tiktok yang melompat dan diedit bagi menampakkan sesiapa yang melakukannya kelihatan seperti terbang. Namun, aksi Tiktok Wawa sepertinya tidak menjadi kerana tidak diedit terlebih dahulu. Walaupun tidak menjadi, Wawa tetap kelihatan comel melakukan Tiktok itu.
“Ingat suami Tiktok Famous reti nak edit benda alah ni?” seloroh Wawa yang sengaja menyindir suaminya itu.
Aeril turut mngalkn komen dan mengatakan benda simple tak reti nk buat ke. Komen Aeril ternyata membuatkan ramai pemiat mereka terhibur
Selain dari Wawa, anak mereka, Hayla juga mengikuti jejak ibu bapa mereka yang suka hiburan Tiktok ini dan sering kali mencuba untuk melakukan beberapa cabaran Tiktok seperti yang dikongsikan oleh ayah mereka di laman instagramnya.
Netizen agak terhibur melihat Aeril Zafrel dan keluarga beliau yang sangat ‘sporting’ untuk melakukan Tiktok dan luangkan masa bersama.
Kita yang sedang dalam tempoh PKP ini juga harus melakukan aktiviti dalam rumah supaya dapat mengelak dari kebosanan dan paling perlu dielak sekali adalah kemurungan. Jadi masyarakat harus proaktif dalam melakukan apa apa aktiviti di dalam rumah.
sumber : ig w4w4_zainal , ig aeril_zafrel
Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.