Hiburan

“Hey Ash, I really rindu you lah”- Sazzy Falak

Pemergiaan Ashraf Sinclair ternyata membuatkan ramai kenalan rapatnya sangat merindui kemesraan dan gelak tawa Allahyarham Ashraf. Pelakon Sazzy Falak antara kenalan rapat arw4h Ashraf telah meluahkan perasaan rindu buat sahabat baiknya yang telah pergi buat selamanya. Sazzy menerusi posting di Instagram miliknya, dia memuatnaik sebuah video kenangannya bersama Ashraf beserta kapsyen yang menyed1hkan.

V1deo tersebut menunjukkan Sazzy dan Ashraf masih saling bertemu walaupun hakikatnya, Ashraf telah pun menetap di Indonesia selepas mengahwini Bunga Citra Lestari (BCL).

Difahamkan, kali terakhir Sazzy dan Ashraf telah saling bertemu pada Mei 2019.

Secara umumnya, Sazzy dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan persahabatan sejak mereka bersama-sama melakukan penggambaran bagi filem Gol & Gincu. Walaupun masing-masing sudah berumah tangga, hubungan mereka jelas masih akrab dan berjumpa antara satu sama lain.

Sementara itu, video yang dikongsi oleh Sazzy telah ditonton sehingga 152,000 tontonan. Ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan takziah dan doa buat arw4h Ashraf.

Rakan-rakan artis antaranya Catriona Brian Ross, Sherry Al Hadad, Yuna dan Yasmin Hani turut mnggalkan komen di posting Sazzy.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat, amin”- Netizen

“I yang tak kenal Ash pun rasa sedih dan kehilangan sangat-sangat ni”- Netizen

Dalam pada itu, Allahyarham Ashraf Sinclair telah mngal dunia pada Februari lalu akibat ser4ngan jntung. Ashraf mngalkan isterinya, Bunga Citra Lestari dan seorang cahaya mata bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Bila kehilangan sahabat buat selamanya, terasa besar sangat kehilangan tu. Lagi-lagi dah kenal lama bertahun-tahun. Takziah buat Sazzy atas kehilangan sahabat baiknya. Semoga roh Ashraf bersama orang-orang beriman.

Sumber: Instagram Sazzy Falak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *