Hiburan

“Hari-hari dok post gambar makanan, klu bagi org asnaf makan takpe gak” – Netizen

Bergelar anak kepada seorang usahawan tudung yang terkenal di Malaysia bukanlah status yang mudah untuk dibawa. Rangkaian jenama Fareeda sangat besar dan mempunyai cawangannya di seluruh Malaysia. Mawar Abdul Karim yang merupakan usahawan dan juga bekas isteri kepada Fizo Omar ini mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam kalangan penggemar tudung. Instagram Mawar juga mempunyai pengikut seramai 961k ribu pengikut.

Mawar yang aktif di media sosial sering memuatnaik tutorial masakan dan perkembangan terkini mengenai dirinya. Mawar Karim pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fizo Omar, mahligai yang dibina itu tidak bertahan lama selepas mereka berdua mengambil keputusan untuk bercrai pada tahun lepas. Hasil perkongsian hidup bersama mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan.

Ibu kepada Wan Maryam binti Wan Hafizol atau lebih mesra dengan panggilan Cik Yam itu selesa menjalani kehidupan sendirian bergelar ibu tunggal. Bijak mengatur langkahnya tanpa terpalit sebarang kontroversi yang kurang enak, Mawar kini hanya ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap perniagaan dan anak perempuan kesayangannya. Mawar masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya Fizo Omar dan tidak menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan hal kebajikan anak. Cik Yam yang kini semakin membesar juga seolah-olah memahami keadaan kedua ibu bapanya.

Seperti selebriti yang lain juga, Mawar turut memuatnaik video aktivitinya yang sering memasak dan membuat tutorial masakan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelbagai menu masakan utara yg telah beliau kongsikan. Menu anak mami la katakan. Ada diantara menu tersebut yang merupakan permintaan daripada peminatnya sendiri.

Beliau sangat rajin dalam melayani dan memenuhi permintaan peminat kerana setiap langkah-langkah masakannya itu ditunjukkan satu persatu secara terperinci. Beliau juga terbuka dalam berkongsi tips masakan buat para peminat. Bagi memenuhi permintaan anakanda tersayang sebelum ini beliau pernah memasak menu istimewa nasi kandar.

Menerusi entri terkini, beliau memuatnaik video masakan Mee Kari Anak Mami pula. Rata-rata netizen berkata mereka terliur dengan video masakan Mee Kari itu. Melihatkan cara-cara yang dikongsikan oleh Mawar yang kelihatan ringkas dan mudah, membuatkan para peminat Mawar tidak sabar untuk mencuba sendiri resepi tersebut.

Sudah lumrah bergelar selebriti, Mawar juga tidak terlepas daripada kritikan. Dalam banyak-banyak komen positif yang diterima oleh Mawar, pasti akan ada komen negatif yang beliau terima. Kali ini komen tersebut mempersoalkan mengenai entri beliau yang kerap berkongsi gambar dan video masakan di instagram. Mawar juga dipersoal kerana tidak membantu golongan asnaf kerana mempunyai harta yang melimpah ruah.

Tidak berdiam diri dengan kritikan, Mawar membalas kritikan tersebut kembali.

Sabarlah yaa Mawar. Meskipun menerima komen negatif, rata-rata peminat menyokong Mawar dan tidak bersetuju dengan komen neg4tif itu. Manusia ni rambut sama hitam tapi hati masing-masing tak siapa yang tahu. Bulan Ramadhan pun sudah semakin menghampiri, marilah kita sama-sama bersihkan hati. Daripada terus menjatuhkan hukuman kepada orang lain, lebih baik kita muhasabah diri sendiri.

Sumber : Instagram mawar_karim

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.