Hiburan

“Ha tunggu gapo lagi, cepatlah” – Fizo Omar

Hubungan pelakon Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli mula rapat setelah mereka berdua berlakon bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Watak yang dilakonkan oleh Uqasha dan Kamal sebelum ini sebagai Nawal dan Hanan benar benar telah mnggalkan kesan kepada penonton. Drama tersebut juga mendapat sambutan kerana gandingan mereka yang kelihatan sangat serasi.

Bertitik tolak daripada itu, desas-desus hubungan mereka mula dihidu semasa Uqasha menghadiahkan kek hari jadi sempena ulang tahun kelahiran Kamal Adli sekitar bulan April lalu. Akhirnya baru-baru ini mereka sudah mula terbuka untuk berkongsi mengenai hubungan mereka kepada umum.

Nama Kamal dan Uqasha sering menjadi bualan kerana pernah beberapa kali terlibat menjalinkan hubungan sesama rakan artis. Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan bersama Intan Ladyana dan Emma Maembong. Manakala Uqasha pula pernah putus tunang bersama Pekin Ibrahim dan pernah menjalinkan hubungan bersama Syafiq Kyle.

Berkongsi beberapa keping gambar menerusi instagram, Uqasha mengesahkan akan tampil bergandingan kembali bersama Kamal Adli di dalam drama terbaru yang berjudul Perempuan Tanpa Dosa. Ramai netizen yang teruja dan sudah tidak sabar lagi menanti psangan ini untuk kembali berlakon bersama.

Menerusi tinjauan diruangan komen, beberapa rakan artis yang menyokong hubungan mereka turut mngalkan komen bahawa mereka tidak sabar untuk melihat psangan kekaasih itu berlakon bersama. Fizo omar yang merupakan rakan baik Kamal Adli juga turut mnggalkan komen menyokong hubungan kawan baiknya itu bersama Uqasha Senrose.

Adik-beradik Senrose memang terkenal dengan kecantikan mereka. Nelydia telahpun melangsungkan perkahwinan pada tahun lalu. Mudah mudahan hubungan Uqasha dan Kamal kali ini benar benar menjadi kenyataan dan berakhir di jinjang pelamin pula hendaknya.

Sumber: Instagram uqashasenrose2

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.