Hiburan

“Gigihnya Pak Azad nak suap anak dara sampai kena ada gaya”- Netizen

Keluarga pas4ngan selebriti popular Malaysia, Azad Jazmin dan Eira Syaziera sentiasa mencuri tumpuan warga netizen. Mana tidaknya, gelagat lucu mereka sekeluarga ternyata menghiburkan orang ramai. Lawak spontan Pak Azad juga boleh membuatkan peminat-peminatnya pec4h perut gelak dibuatnya. Malah, mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan Pak Azad sekeluarga menerusi laman media sosial.

Siapa sangka, Pak Azad yang kita ketahui seorang yang suka berlawak jenaka ini rupa-rupanya adalah seorang bapa yang sangat penyayang.

Buktinya, isterinya iaitu Eira Syazira sempat merakam momen lucu apabila Pak Azad sanggup bergelek demi menyuap makanan buat dua orang anak perempuannya dan sabar melayan kerenah mereka. Jelas terpancar keceriaan mereka sekeluarga dengan gelagat Pak Azad yang lucu itu.

View this post on Instagram

@eirasyaziraofficial @anakdarapakazad1

A post shared by PakAzad™️ (@azadsyazirarose) on

Video momen lucu yang dirakam Eira itu telah dikongsi menerusi Instagram Pak Azad. Video tersebut turut ditonton sehingga 90,000 tontonan. Rata-rata netizen pula memenuhi ruangan komen memuji sikap penyayang Pak Azad terhadap anak-anaknya.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut terhibur dengan gelek Pak Azad sambil menyuap makan buat anak-anak perempuannya. Kelakar habis Pak Azad ni ya.

Pak Azad pun nampak gaya macam bapa mithali bak kata netizen. Pengorbanannya sebagai seorang bapa juga akan membuatkan anak-anak perempuan Pak Azad sayang sangat kepadanya.

“Macam-macam style nak bagi budak makan”- Netizen

“Lucu g1la perangai Pak Azad ni”- Netizen

Secara umumnya, Azad dan Eira telah mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Bahagia tengok family Pak Azad.Paling tak tahan bila part gelek tu, sanggup Pak Azad gelek depan anak-anak sebab nak bagi diorang makan. Macam-macam gaya kena buat nampaknya nak bagi anak senang makan hehe.

Sumber: Instagram Azadsyazirarose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *