Hiburan

“Gebunya kaki Dato, kalah org perempuan.. – Netizen

Nama Dato’ Rizalman sudah tidak asing lagi bagi para penggemar fesyen di Malaysia. Pereka fesyen bergelar selebriti ini cukup terkenal dek kerana mulutnya yang bagai bertih jagung serta gemar berceloteh. Walaupun begitu, beliau sebenarnya seorang yang sangat merendah diri. Beliau mengakui kerjaya dan pengalaman beliau selama ini banyak membentuk karakter dan peribadi diri beliau yang sekarang.

Meskipun dirinya tidak berkahwin namun masih diberikan kesempatan daripada Allah untuk melalui kenikmatan dalam membesarkan zuriat walaupun bukan dari dirinya sendiri.

Dato’ Rizalman Ibrahim mempunyai dua orang anak angkat iaitu Umar Nail yang berusia 18 tahun dan juga Aali Nail yang berusia 7 tahun. Kedua-dua orang anak angkat tersebut beliau kenali melalui rakan serta kenalan terdekat.

Awal tahun ini, Dato Rizalman telah mengumumkan pengunduran dirinya dari bidang fesyen kerana ingin memberikan fokus kepada bidang lain pula. Beliau telah menyerahkan tanggungjawan kepada pembantu beliau yang telah mengikuti beliau selama 15 tahun. Beliau percaya pembantunya itu mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

Berkongsi muatnaik terkini di laman media sosial, beliau kini sedang menikmati percutian di Batu Feringgi. Bersama entri tersebut Dato Rizalman juga menyatakan beliau sedang beristirehat menikmati masa dengan mengurut kaki.

View this post on Instagram

pencen2 ni.. istirehat mcm ni mmg best

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Perkongsian tersebut bagaimanapun menarik perhatian netizen kerana terpegun dengan kaki Dato Rizalman yang kelihatan sangat putih gebu dan mempunyai kulit yang halus mulus tidak ubah seperti kaki seorang wanita.

Tak sangka putih gebu betul kaki Dato Rizalman ni. Memang kalah orang perempuan dibuatnya. Seronok betul nampak Dato Rizalman pergi bercuti ke Pulau Pinang. Selamat beristirehat diucapkan buat Dato Rizalman.

Sumber: Instagram rizalman71

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.