Bukan senang menjadi seorang ayah. Menjadi seorang ayah yang penyayang boleh dilihat apabila anak-anak kita senang dengan kita. Ia senang untuk melihat anak-anak senang bermesra dengan ibu mereka tetapi jarang kita melihat anak-anak senang dengan ayahnya. Sifat ayah selalu dilihat sebagai seorang yang garang dan tegas terhadap anak-anaknya. Namun, jika ada ayah yang bersifat begitu, mereka sebenarnya menunjukkan kasih sayangnya sahaja kepada anaknya dan marah kerana sayang.
Baru-baru ini, pelakon jelita dan berbakat, Emma Maembong telahpun selamat diijabkabulkan bersama pas4ngan pilihan, Muhammad Shazli. Seluruh keluarga menyambut ahli baru mereka dengan sangat meriah sekali.
Sifat ayah yang ‘sporting’ bukan selalu dilihat dalam masyarakat kita. Namun, untuk keluarga Emma Maembong, ayah mereka adalah seorang yang dilihat sangat sempoi dan ‘sporting’. Kakak Emma, Shikin Maembong, berkongsi momen mereka membuat video Tiktok bersama ayah mereka ketika mereka meraikan malam berinai Emma Maembong.
Menurut Shikin Maembong, pengantin tidak tahu apa yang terjadi di luar dewan majlis kerana adik beradik Emma sedang berseronok membuat video Tiktok bersama ayah mereka. Yang melucukan adalah ayah mereka begitu ‘sporting’ untuk melakukan gaya kelakar itu bersama anak-anaknya.
Netizen terhibur melihat gaya ayah Emma yang kelihatan comel bersama anak-anaknya.
Apabila kita sebagai ibubapa sudah tua, perkara seperti ayah Emma Maembong lakukan itulah yang akan dilihat kembali oleh anak-anak kita ketika kita sudah tiada nanti. Video seperti ini akan menjadi memori buat anak-anak dan cucu-cucu untuk melihat kembali keseronokan yang dirasai ketika kita masih ada.
sumber : ig shikin_maembong
Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Online. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.