Kek perkahwinan berkonsepkan chandelier milik pas4ngan pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Redza telah menjadi bualan hangat netizen selepas tular foto dan video kek perkahwinan pas4ngan pelakon tersebut di setiap laman media sosial. Kek setinggi lapan tingkat itu telah menjadikan perkahwinan Zahirah dan Aiman Hakim lebih menarik dan mempunyai kelainannya yang tersendiri.
Kek unik tersebut pada awalnya yang disangkakan lampu chandelier itu telah turun dari atas bagi upacara memotong kek sekaligus membuatkan ramai tetamu berasa teruja melihatnya. Bukan hanya tetamu sahaja, netizen pun ikut teruja melihatnya selepas foto dan video kek chandelier tersebut dikongsi secara meluas di laman media sosial.
Pemilik Lily & Lola Cakes antara individu bertanggungjawab yang telah merealisasikan idea tersebut selepas tiga tahun menyimpan idea untuk menghasilkan kek chandelier berkenaan.
Bukan itu sahaja, kek chandelier itu juga telah menjadi perhatian media dari luar negara apabila Zahirah mendedahkan sendiri menerusi postingnya di Instagram dengan memuatnaik paparan skrin yang menunjukkan beberapa penulisan artikel dan keratan akhbar berkaitan kek chandelier perkahwinan mereka. Wah, dasyat sungguh penangan kek chandelier yaa.
Posting yang dimuatnaik Zahirah tersebut telah mencuri tumpuan netizen sehingga menerima 92,000 likes dan ruangan komen dipenuhi dengan keterujaan netizen terhadap konsep unik kek chandelier tersebut. Tidak ketinggalan, ada juga beberapa netizen turut mengucapkan tahniah buat pengantin baru ini.
“Fuh kek chandelier dh jadi level international”- Netizen
“Gila tak gempak, kek terbalik kot.. Lawa betul.. Memang dah agak akan viral”- Netizen
Sementara itu, di ruangan komen pula Aiman semoat mengusik Zahirah. Sweet betul tengok pas4ngan sama cantik sama padan ni.
Zahirah dan Aiman Hakim telah mendirikan rumah tangga pada tarikh istimewa iaitu 20 Februari 2020 dan majlis resepsi yang berlangsung pada 21 Februari lalu.
Mewah tengok majlis perkahwinan Zahirah dan Aiman. Semua mata tertumpu dekat kek chandelier je.. Apa-apa pun, tahniah buat pas4ngan romantik ini. Semoga kekal hingga jannah.
Sumber: Instagram zahirahmacwilson