Hiburan

“Eh tenung ingat ni dalam drama ke” – Netizen

Tak sangka perkenalan di lokasi pengambaran akhirnya berjaya di bawa ke jinjang pelamin. Beginilah kisah di antara pelakon popular tempatan ini yang sering mendapat perhatian para netizen sebelum ini. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson telah membawa hubungan ke jalan yang lebih serious setelah memutuskan untuk bertunang pada bulan Jun tahun lepas di negara tempat keluarga dan tempat Zahirah membesar sendiri iaitu di Perth, Australia.

Dengan berlangsungnya pernikahan pada tarikh 20.02.2020, maka sudah berakhirlah sesi teka-teki hari bahagia pas4ngan selebriti Aiman Hakim dan Zahirah bersama para peminat dan netizen di luar sana. Cukup dengan sekali lafaz telah menjadikan mereka pas4ngan sah yang bergelar suami isteri dan menerima mas kahwin bernilai RM300. Walaupun kedua-duanya pernah mengalami kegagalan cinta bersama selebriti tanah air sebelum ini, tetapi akhirnya jodoh mempertemukan Aiman dan Zahirah.

Majlis resepsi pas4ngan sama cantik sama padan mendapat perhatian ramai dan liputan seluruh media yang berebut-rebut untuk menjadi saksi perkahwinan mereka. Mendapat pujian orang ramai tentang majlis yang diadakan semalam dari segi dekorasi tempat, busana pakaian pengantin dan lebih-lebih lagi kek chandelier yang dikatakan seolah-olah turun dari langit. Lucu dengan pelbagai comment yang diberikan oleh para netizen tentang majlis resepsi tersebut. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa majlis semuanya kelihatan sempurna dan cantik sekali.

Posting terbaru pelakon kacak Aiman Hakim Ridza yang terbaru ini juga mendapat perhatian apabila kedua mereka saling berpandangan dengan penuh rasa cinta. Ramai betul peminat dan netizen yang cemburu melihat kemanisan hubungan antara mereka dan ramai perempuan di luar sana mengatakan bahawa Aiman adalah lelaki idaman setiap wanita. Kalaulah betul begitu, beruntung betul Zahirah kan.

“Ehh..ehh tenung-tenung ingat ni dalam drama ke” – Netizen

Selamat pengantin baru diucapkan kepada pas4ngan tinggi lampai Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson ini. Nanti kalau dapat baby mesti semua cantik-cantik dan kacak-kacak macam model kan. Semoga rumahtangga yang dibina pas4ngan ini berkekalan sehingga ajal memisahkan mereka. Selamat pengantin baru Aiman dan Zahirah.

Sumber: Instagram Aiman Hakim Ridza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *