Hiburan

“Diaorang makan apa yang saya makan” – Zarina Anjoulie

Dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, tanpa disedari ramai orang yang kurang bernasib baik di luar sana yang hilang punca pendapatan malah ada di antara mereka yang putus bekalan makanan. Mereka ini tidak mampu berbuat apa-apa selain menunggu sehingga semua ini bakal berakhir dan meminta sedikit bantuan dari pihak yang mampu.

Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul atau lebih dikenali sebagai Anju oleh orang ramai merupakan antara mereka yang menjadi sukarelawan untuk membantu insan-insan yang tidak mempunyai wang dan makanan di daerah Nilai khususnya. Namanya mula meniti kembali di bibir setiap orang apabila satu video yg di buat olehnya telah tular dan mendapat sokongan para netizen di laman sosial yang turut berpendapat sama.

Pernah popular ketika dahulu sebagai seorang pelakon dan model terkenal, Zarina kemudiannya telah mula senyap setelah membuat keputusan untuk berhijrah ke negara seberang iaitu Brunei selepas mendirikan rumah tangga. Wanita berd4rah kacukan Melayu, Scotland dan Iran ini ternyata mempunyai hati yang cukup mulia walaupun pelbagai kontr0versi telah menimpanya sebelum ini.

Mula membuat agihan makanan dan sedekah sejak bermulanya PKP, Zarina akui hanya mengeluarkan duit poket sendiri demi membantu ramai orang. Zarina juga telah berkongsi satu video nasihat darinya dengan mengatakan sedekah itu haruslah ikhlas dan bukannya memberi sesuatu yang diri sendiri juga tidak akan makan. Dia berkata apa yang disedekahkan kepada orang ramai juga adalah makanan yang turut dimakan oleh dirinya dan sekeluarga.

Sikap mulia dan ikhlasnya itu telah mendapat pujian ribuan para netizen yang turut merasa terharu dengan kebaikannya. Sebelum ini juga, pelakon cantik Fazura dan Man Raja Lawak juga turut serta memberikan sedikit bantuan untuk Zarina bagi membeli segala barang keperluan untuk diagihkan kepada mereka yang memerluuk4n. Mendapat sokongan dari orang ramai, sehingga ada di antara mereka yang mencadangkan agar Zarina menjadi wakil rakyat pada masa akan datang.

Kebaikan seseorang tidak perlu diukur dari luaran sahaja. Kalau tidak kenal Anju, pasti ramai yang menghukumnya berdasarkan kontr0versi dan g0ssip lalu. Semoga apa yang Anju lakukan demi membantu orang-orang susah dipermudahkan dan diberi keberkatan olehNya. Terima kasih Anju kerana telah banyak membantu mereka di luar sana yang memerluuk4n.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Artikel ini disediakan oleh Oren Laici. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.