Uncategorized

“Di Novel blh la kau tulis ikut sedap tekak kau je, mjadi rebutan sb cantik kan” – Netizen

Drama 7 Hari mencintaimu bakal melabuh tirai minggu ini, di katakan minggu ini adalah minggu akhir untuk drama tersebut. Ramai yang bakal merindui watak Mia dan Khuzairi kan ataupun mungkin watak Mak Leha. Drama ini telah mendapat sambutan hebat dari penonton apabila ramai yang meluahkan perasaan geram benci marah meluat dan macam macam di laman sosial gara gara watak di dalam drama ini. Hebat sangat penangan drama 7 Hari mencintaimu kan.

Bukan sahaja watak utama yang menjadikan drama ini hebat tetapi watak sampingan seperti Helmi Sofi, Mak Leha Pak Samad juga turut membuatkan ramai yang suka menonton drama ini. Watak Nurul Ain juga turut tular di laman sosial sebagai permpas dan jaahat kerana bermuka muka untuk kesenangan.

Kcaman hebat daripada netizen turut memberi kesan kepada penulis novel ini Siti Rosmizah. Selain watak nurul ain watak Mia yang di anggap kurang ajar juga di kecam hebat warga net sehingga membuatkan penulis Novel sedikit kesal dengan sikap segelintir masyarat terutamanya perempuan. Suka tuduh dan memberi cemuhan turut menerima tempiasnya adalah penulis novel ini sendiri.

Menerusi pekongsian daripada instagram Sitirosmizahsemail akaun instagram penulis asal novel ini turut meluahkan sedikit rasa kesalnya di instagramnya dan berkongsi tentang komen seorang Cik Puan yang melemparkan cemuhan kepadanya.

Netizen ramai yang terkesan dengan watak Mia yang di katakan ramai yang suka perempuan cantik walaupun mulut kurang ajar. Ramai yang tidak setuju dan menyatakan pendapat realitinya tiada pun yang ingin perempuan mulut biadap di tambah suka menyakiti hati orang tua dan orang susah.

Nama pun hanya drama kan, yang baik di jadikan pengajaran yang tidak baik tidak perlulah ikut kan. Penulis novel ini juga berpendapat tidak sepatutnya menghukumnya hanya kerana watak Mia.

Menurutnya lagi Cik Puan yang memberi komen tersebut turut kurang ajar kerana berkau kau dengannya. Dia juga meluahkan perasaan syukurnya kerana berjaya mengarang watak Mia, watak Mia yang banyak akan memberi pengajaran kepada isteri dan wanita di luar sana.

Siti Rosmizah juga turut berharap yang drama ini akan memberi pengajaran kepada semua, mesej utama drama ini adalah adab dan tutur kata sebab itu kerana mulut badan binasa. Watak Mia juga adalah nyawa di dalam drama ini. Tahniah juga kepada Siti Saleha kerana menjayakan watak Mia Adriana.

Ramai yang kagum dengan hasil penulisan dan jalan cerita 7 Hari mencintaimu yang di tulis sepenuhnya oleh Siti Rosmizah. Ramai juga yang tidak sabar menantikan kesudahan drama ini oleh kerana akan ada kejutan di akhir episod nanti. Di khabarkan pengakhiran tidak sama dengan novel.

Agak agak apa pengakhiran kemelut cinta Khuzairi dan Mia? Bagaimana pula dengan pergaduhan Mak Leha dan Mia dan juga berjaya kah Nurul Ain berkahwin dan memiliki cinta Khuzairi. Nantikan episod seterusnya drama ini setiap isnin hingga jumaat di TV 3.

Sumber : IG sitirosmizahsemail

Artikel ini disediakan oleh Orenlaici/Hiburan Laici. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.